Saturday, 26 November 2016

Gold Saving


Kepentingan Menyimpan Emas

Alhamdulillah. Ramai mula sedar akan kepentingan menyimpan emas. Di sini, suka saya nak senaraikan beberapa kepentingan emas untuk kita faham dan ingat. Antaranya:

  1. Kalis Inflasi
  2. Diterima di seluruh dunia
  3. Emas sebagai insurans waktu sesak
  4. Pelaburan terbaik
  5. Dapat mengelak kebocoran wang
1. Kalis Inflasi
  • masih kekal nilai walau duit fiat (wang kertas) susut nilai
  • contoh mudah: wang kertas era perang dunia ke-2 sudah tidak sah untuk digunakan namun, emas yang disimpan pada waktu itu masih bernilai sehingga kini

2. Diterima di seluruh dunia
  • laku untuk di jual semula walau di mana jua kita berada
  • contoh mudah: jika kita memerlukan wang kecemasan sewaktu tengah melancong, bolehlah ke kedai emas berhampiran dan jual emas anda untuk mendapatkan duit segera

3. Emas sebagai insurans waktu sesak
  • emas sebagai aset dan mudah untuk dijual atau dipajak di kala kecemasan
  • contoh mudah: gaji bulanan habis digunakan, namun terdapat kecemasan dan memerlukan duit dengan segera, simpanan emas boleh dijual atau dipajak untuk mendapatkan duit kecemasan
  • tapi sentiasa ingat untuk menebus semula atau menyimpan semula emas sebagai insurans di waktu lain

4. Pelaburan terbaik
  • nilai emas yang sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
  • contoh mudah: simpan emas sewaktu anak masih kecil dalam tabung pendidikan anak-anak, sampai masa untuk masuk ke pengajian tinggi (17 tahun kemudian), harga emas pasti lebih mahal dan boleh dijual untuk menampung pembiayaan belajar
  • konsep beli waktu murah, jual waktu mahal 

5. Dapat mengelakkan kebocoran wang
  • sifat sayang pada emas dapat mengelakkan kita membelanjakan duit untuk tujuan tidak berfaedah
  • contoh mudah: simpanan berbentuk wang ringgit lebih cenderung untuk dikeluarkan dan dibelanjakan berbanding simpanan dalam bentuk emas


Semoga dengan perkongsian ini, kita akan lebih faham akan kepentingan menyimpan emas dan seterusnya dapat memupuk budaya menyimpan. Simpan emas sekarang demi masa depan anda.



Untuk bantuan atau pertanyaan tentang EMAS, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Friday, 18 November 2016

Ice Breaking

Bismillahirrahmanirrahim

Hi, I'm azizi. This blog owner. Well, throughout this blog I'm gonna share about my life, my family, my business, my hobby and etc. Basically, saya akan cakap campur-campur. English, Bahasa Malaysia, and even Bahasa Sarawak. Coz you know what, saya berasal dari Sarawak, Malaysia. To be more specific, saya berasal dari Bintulu, Sarawak. Selalu orang akan tanya, "Are you Melanau?". Yes! I am and I'm proud to be one.

Honestly, nawaitu saya yang utama untuk mempunyai blog sendiri is that saya nak mempromosikan Public Gold Products. Sebab baru-baru ni Alhamdulillah saya sah menjadi Dealer Public Gold. Jadi, that is the core reason behind this blog. Tapi, alang-alang dah ada blog saya fikir apa salahnya share about benda lain jugak. Lagipun, ini adalah salah satu cara nak menarik minat pembaca (hopefully...). So, stay tune. Saya akan sajikan anda dengan pelbagai topik untuk bacaan atau perkongsian.

p/s: jangan lupa klik follow ok
Wasalam.