Bismillahirrahmanirrahim
(Mee Jawa)
Kalau cakap pasal Mee Jawa, kat Sarawak ni memang popular. Dari Kuching sampai laa ke Lawas, semua orang tahu Mee Jawa. Kalau di semenanjung Malaysia, lebih kurang macam Mee Rebus cuma beza pada kuahnya.
Terdapat pelbagai versi Mee Jawa dan juga pelbagai cara untuk menyediakan Mee Jawa. Antaranya:
- Mee Jawa Biasa
- Mee Jawa Ayam
- Mee Jawa Special (kalau di Bintulu selalunya ada disertakan satay)
Saya sememangnya seorang peminat Mee Jawa. Di Bintulu, tempat yang saya suka singgah untuk menikmati Mee Jawa ialah di Restoran Dapo Bonda. Restoran Dapo Bonda ada dua cawangan kat Bintulu.
Cawangan yang pertama terletak di kawasan Parkcity Commerce Square tak jauh daripada Bank Islam dan Parkcity Mall.
Cawangan yang kedua pula terletak di Medan Raya iaitu sebaris dengan Pasaraya Sing Kwong dan tak jauh dari Bintulu Medical Center.
Waktu beroperasi pula ialah seawal jam 7:30 pagi ke 11:00 malam.
(Restoran Dapo Bonda cawangan pertama terletak di hujung barisan kedai memudahkan pelanggan mencari parking)
Di Restoran Dapo Bonda, Mee Jawa yang saya suka order ialah Mee Jawa Kari Kambing. Mee Jawa Kari Kambing ialah Mee Jawa Biasa pada asalnya cuma kuahnya ialah kari kambing. Kuahnya yang lain daripada mee jawa lain yang terdapat di Bintulu membuatkan saya ketagih dengannya. Tapi Mee Jawa Kari Kambing ni mesti pergi pagi-pagi sebab dia cepat habis. Di petang hari yang tinggal cuma Mee Jawa Biasa dan Mee Jawa Ayam.
(Mee Jawa Kari Kambing terbaik!)
Selain Mee Jawa, makanan lain yang saya syorkan untuk order ialah Nasi Lemak Dapo Bonda, Tomyam dan Rojak Bonda. Untuk minuman pula saya kurang memilih cuma saya selalunya akan order Green Tea Lemon sejuk sebab saya memang seorang peminat Green Tea.
Jika anda berkelapangan dan kebetulan berkunjung ke Bintulu, bolehlah singgah di Restoran Dapo Bonda untuk makan. Bagi anda yang nak lepak dengan saya dan bercerita pasal emas pun boleh di restoran ini. Sambil makan, sambil cerita.
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206
No comments:
Post a Comment