Tuesday, 17 January 2017

1kg Dream

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, aset yang paling mudah dan murah untuk dimiliki ialah emas. Dengan RM100 pun anda sudah boleh memiliki emas. Tidak hairanlah kita tengok ramai yang berlumba-lumba untuk simpan emas.

Bagi setiap penyimpan emas, sudah memang menjadi impian untuk memiliki 1kg emas satu hari nanti. Malah ada yang menjadikan 1kg emas sebagai impian sebelum bersara.

(satu hari nanti bukan lagi pegang untuk ambil aura, tapi untuk bawa pulang)

Pada tahun 2020, dijangkakan harga emas akan mencecah lebih RM500 per gram. Bayangkan jika anda sudah memiliki 2kg emas pada tahun 2020, anda sudah bergelar jutawan. Berbanding hari ini, anda perlu mengumpul sebanyak 6kg emas untuk bergelar jutawan.

Jadi, bagaimana kita hendak mencapai target 1kg emas?
Saya kongsikan 4 cara mendapatkan 1kg emas impian anda.

1. Beli terus 1kg

(harga emas Public Gold 18 Januari 2017)
  • Beli terus emas 1kg hari ini pada harga RM184,667
  • Cara ini sesuai untuk mereka yang sudah hampir bersara. Anda boleh keluarkan simpanan beserta dividen ASB dicampur dengan simpanan dalam akaun 2 KWSP, bolehlah anda membeli 1kg emas hari ini.
  • Bayangkan dalam masa 4 tahun iaitu pada tahun 2020, dengan 1kg emas anda telah untung 170% dari harga hari ini.


2. 1g 1bulan melalui GAP

(mengumpul emas modal kecil dengan GAP)
  • Cara ini amat mudah dilakukan dan sesuai untuk semua orang. Jika anda mengumpul emas 1g setiap bulan selama 84 tahun, anda akan berjaya mengumpul 1kg emas.
  • Lamanya 84 tahun? Anda boleh singkatkan tempoh itu dengan mengumpul lebih dari 1g setiap bulan seperti 2g atau 3g.
  • Malah jika anda mendapat bonus pada hujung tahun atau untung berniaga, anda boleh tukar bonus dan keuntungan tersebut ke bentuk emas. Jika bonus RM2000 boleh dapat emas 10g hari ini.


3. Melalui PG Mall

(platform terbaik untuk para peniaga merangkap penyimpan emas)
  • Mengumpul 1kg emas melalui PG Mall adalah amat mudah untuk  para peniaga. Anda hanya perlu ada 'Merchant Account' dan 'GAP Account'.
  • Anda hanya perlu pasarkan produk anda di PG Mall yang kini mempunyai 120,000 pelanggan sedia ada. Dengan urusniaga yang menggunakan emas iaitu Gold Coin (GC), setiap pembelian akan dkreditkan ke dalam akaun GAP anda. 
  • Dengan cara ini, pembeli anda yang akan mengumpulkan emas untuk anda.


4. Dealer Incentives
(menjadi Dealer Public Gold dan dapatkan insentif)
  • Bagi seorang Normal Dealer Public Gold, insentif yang diterima ialah 1% dari setiap pembelian customer. Jadi, tidak mustahil anda boleh mengumpul 1kg emas melalui insentif ini.
  • Bayangkan anda berjaya menarik 1000 orang pembeli, setiap seorang membeli 100g emas, anda sudah mempunyai 1kg emas dalam bentuk insentif.
  • Itu baru Normal Dealer. Cuba bayangkan anda menjadi Priority Dealer atau Master Dealer.

Mengumpul emas sehingga 1kg bukan suatu yang mustahil. Yang mustahilnya ialah apabila kita sekadar bermimpi tanpa mengambil tindakan. Bermulalah hari ini. Bukan untuk orang lain, untuk masa depan diri anda sendiri.



Jadikan mimpi anda kenyataan, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

No comments:

Post a Comment