Sunday, 22 January 2017

10 Dinar

Bismillahirrahmanirrahim

Tadi pergi ‘ngeteh’ dengan kawan-kawan. Lama dah tak kumpul ramai-ramai. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja, bukan macam dulu memang setiap hari boleh jumpa. Ada pulak yang kerja jauh kat Miri, memang jarang lah nak jumpa. Ada peluang berjumpa, memang banyak cerita yang sembang.

Antara benda yang kami sembang ialah pasal nak pergi melancong. Ada yang cadang nak pergi Sepanyol, ada nak pergi Jepun, ada nak pergi Korea. Ada sorang kawan pulak nak kahwin tak lama lagi, bercadang nak pergi honeymoon kat Thailand.

Tak kisah nak pergi mana sekalipun, duit memang kena simpan dari awal. Kalau bulan depan nak pergi melancong, tapi sekarang baru nak simpan duit memang tak melancong lah jawabnya. Kalau ada yang yang sanggup jadi penaja takda masalah.

Jadi, dalam posting ni saya nak kongsikan salah satu tips untuk menabung bagi yang ingin pergi melancong atau honeymoon. Tips ni sesuai untuk mereka yang bercadang nak pergi melancong tahun depan atau lebih. Bermula awal, lebih banyak tabungan.

Bagaimana? Simpan dalam bentuk Emas!

Simpan 10 dinar untuk tujuan melancong. Banyak cara boleh simpan 10 dinar. Antaranya:
  • Beli terus 10 dinar
    • Sampai masa untuk melancong, tukar ke dalam bentuk tunai.
    • Harga emas naik banyak, boleh belanja lebih sewaktu melancong. 
  • Simpan 1 dinar 1 bulan
    • Jika nak pergi tahun pada hujung tahun contohnya, boleh simpan 1 dinar sebulan, mulai dari sekarang
    • Kena disiplinkan diri untuk buat tabungan 1 dinar setiap bulan. 
  • Gunakan Easy Payment Purchase (EPP) untuk simpan 10 dinar
    • Jika nak pergi melancong tahun depan contohnya, boleh guna cara ini.
    • 1 dinar bayar dalam masa 2 bulan.

Bagi sesiapa yang berhajat nak pergi menunaikan Umrah pun boleh guna cara di atas. Untuk pengetahuan semua, Public Gold juga ada menawarkan pakej umrah dari semasa ke semasa.

(10 Dinar to Umrah by Public Gold)


Jadi kalau ada sesiapa yang bercadang nak tunaikan Umrah lainkali, boleh simpan 10 dinar dari sekarang. Bila ada tawaran mengerjakan Umrah dari Public Gold, boleh terus daftarkan nama. Bersedia dari awal sebab penyertaan limited. In shaa Allah niat kita dah ada untuk menunaikan Umrah, akan dipermudah semua urusan.



Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

No comments:

Post a Comment