Bismillahirrahmanirrahim
Ramai antara sahabat-sahabat saya mempunyai soalan yang sama apabila saya ceritakan tentang Public Gold :-
"Apa Public Gold ni?"
Ada yang pernah dengar tentang Public Gold, dan ada juga yang baru pertama kali dengar nama Public Gold. Malah ada juga yang trauma mendegar perkataan 'Gold' kerana peristiwa lampau mereka. Terus terang saya katakan, membeli emas atau melabur emas bersama Public Gold adalah selamat.
(Public Gold HQ, Pulau Pinang) |
Public Gold ialah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan jual beli emas dan perak. Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato' Wira Louis Ng. Nama Public Gold diambil kerana Dato' Wira Louis Ng berpendapat bahawa setiap masyarakat awam sepatutnya diberi peluang untuk membeli dan menyimpan emas.
Ibu pejabat Public Gold terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Emas-emas Public Gold pula dibuat di Nadir Metal Refinery, Turki. Emas-emas keluaran Public Gold telah mendapat pengiktirafan London Bullion Market Assosiation (LBMA) dan ketulenannya telah disahkan oleh 'Certified Assayer'. Selain itu, emas Public Gold (LBMA) juga bebas GST dan baru-baru ini urusan jual beli emas Public Gold telah disahkan menepati syariah.
![]() |
(Sijil Pengesahan Syariah Compliance) |
Public Gold mengamalkan konsep beli emas dapat emas, jual emas dapat duit. Mudah dan selamat. Di Public Gold tiada istilah emas maya atau emas di atas kertas kerana semuanya ialah emas fizikal. Sama seperti di kedai-kedai emas, emas yang anda beli anda bawa balik dan simpan.
Emas-emas Public Gold adalah dalam bentuk jongkong, koin dan barang kemas. Emas yang dijual adalah berketulenan 99.9% (24k). Emas berketulenan 91.6% (22k) juga boleh didapati dalam bentuk koin Dinar. Emas-emas jongkong Public Gold boleh didapati pada berat 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, dan 1000g iaitu 1kg. Emas koin Public Gold pula terdiri daripada 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Untuk barang kemas, Public Gold menjual siri Aurora yang terdiri daripada 'bangle', 'bracelet' dan 'charms'. Untuk melihat sendiri atau membeli siri Aurora ini, anda boleh pergi ke cawangan Public Gold yang berhampiran atau layari laman web ini.
1. Membeli terus di cawangan Public Gold
- anda ke cawangan Public Gold, pilih emas yang anda mahu, bayar dan bawa balik emas anda
2. Membeli menerusi laman web Public Gold www.publicgold.com.my
- anda layari laman web Public Gold dan buat tempahan emas yang anda mahukan
- kemudian buat bayaran secara online atau bank-in
- untuk mengambil emas anda, anda perlu ke cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda
3. Membeli melalui Akaun Emas (Gold Accumulation Program - GAP)
- anda kumpul emas anda di dalam akaun GAP terlebih dahulu
- jika ingin membuat pengeluaran, anda pergi ke cawangan Public Gold yang berhampiran dan keluarkan emas fizikal daripada akaun anda
- akaun GAP bersama anak-anak (berumur di bawah 18 tahun) juga disediakan
Alhamdulillah sekarang anda sudah tahu apa itu Public Gold dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Ambil langkah seterusnya iaitu membeli dan menyimpan emas bersama Public Gold. Hubungi saya, saya bantu anda.
Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369
No comments:
Post a Comment