Tuesday, 7 February 2017

Bagaimana Mengira Harga Emas Dalam Ringgit Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Jika anda selalu semak harga emas dunia di laman web seperti www.kitco.com, pasti anda biasa lihat emas disukat di dalam Ounces/Auns, (oz). Dan mata wang yang digunakan pula ialah US Dollar (USD). Pasti sukar bagi anda untuk mengira berapakah harga emas dalam Ringgit Malaysia (RM).

Berapa berat 1 auns dalam gram?
Bagaimana mengira harga emas 1g dalam Ringgit Malaysia (RM)?

1 auns adalah bersamaan dengan 28.35 gram.

(harga emas dunia dapat dilihat di laman web Kitco)

Daripada gambar di atas, harga 1 auns emas hari ini ialah 1231USD. Bermakna, harga untuk 1 gram emas ialah 1231/28.35 iaitu 43.42USD per gram. Namun, berapa pula harganya dalam Ringgit Malaysia (RM)?

Hari ini 7 Februari 2017, nilai tukaran 1USD ialah bersamaan dengan RM4.44. Jadi untuk mengira harga emas 1 gram hari ini dalam Ringgit Malaysia, anda hanya perlu darabkan nilai harga emas dengan nilai tukaran ini.
  • 1 gram emas (USD) = 43.42
  • Nilai tukaran USD kepada RM = 4.44
  • 43.42 x 4.44 = RM192.78 per gram
Sekarang anda boleh semak harga emas di laman-laman web yang menggunakan sukatan Auns untuk emas. Anda hanya perlu tukarkan Auns kepada gram, kemudian tukarkan pula harganya USD kepada Ringgit Malaysia (RM).

Namun, ada juga laman web yang anda boleh semak untuk mendapatkan terus harga emas dalam sukatan gram dan Ringgit Malaysia. Salah satunya ialah di laman web goldprice.org. Anda boleh klik dan pilih terus pada gram, serta Ringgit Malaysia (RM).

Diharap info ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat pembaca semua.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

No comments:

Post a Comment