Saturday, 31 December 2016

A Journey Starts With First Step

Bismillahirrahmanirrahim

Mulakan tahun baru 2017 ini dengan langkah yang bijak. Saya kongsikan cara-cara membuka akaun GAP (Gold Accumulation Program).

Langkah-langkah Membuka Akaun GAP

1. Semak harga 1gram GAP di www.publicgold.com.my

(Harga 1g GAP hari ini ialah RM179)

2. Masukkan wang harga 1gram GAP ke akaun Public Gold (PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD)
Public Bank - 3167-52-0833
Maybank - 5571-3923-8048

- Jika membuat transfer melalui online-banking, masukkan email gap@publicgold.com.my

3. Ambil gambar resit atau screenshot bukti pembayaran dan whatsapp gambar resit atau bukti pembayaran tersebut kepada saya 016-5722206 untuk saya bantu proseskan. Sertakan maklumat-maklumat berikut:
  • PG NEW BELI GAP RMxxx
  • Tarikh Pembelian:
  • Masa Pembelian:
  • Nama Penuh:
  • No KP:
  • No Tel:
  • Emel:
  • Item Pembelian: BELI GAP RMxxx IAITU 1 GRAM
  • Introducer: AZIZI AKRAMIN BIN BAKRI
  • Kod PG Introducer: PG00075369


(Whatsapp saya butiran seperti ini beserta screenshot pembayaran)

* Anda juga boleh mendaftarkan GAP untuk anak anda seawal usianya 2 hari, asalkan anak anda sudah mempunyai MyKid. GAP - Joint Account bersama anak ini akan menjadi 'Independent Account' setelah anak mencapai usia 18 tahun.
* Untuk membuka akaun GAP - Joint Account bersama anak, sertakan butiran di bawah bersama-sama dengan maklumat di atas:
  • Joint Account Bersama Anak
  • Nama Anak:
  • No MyKid:


(GAP - Joint Account bersama anak)

5. Dalam masa 48 jam Public Gold akan emel Kod Ahli PG beserta username dan password. Anda boleh 'Login' ke website PG menggunakan username dan password yang diberikan untuk semak penyata GAP anda.

6. Untuk mengeluarkan emas dari akaun GAP, hubungi cawangan Public Gold yang anda ingin pergi untuk pengeluaran dan tetapkan temu janji dengan staf yang bertugas. Mereka akan sediakan stok emas yang anda ingin keluarkan dan ini dapat memudahkan proses pengeluaran.


"Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila?"

Hubungi saya untuk membuka akaun GAP anda hari ini:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Azam Ayah Aisya

Bismillahirrahmanirrahim

Azam Tahun Baru 2017 (Posting dalam Bahasa Sarawak)

Gik dolok eh waktu zaman gik nembiak, ditanyak apa azam tahun baru, sik tauk apa nak jawab. Masalahnya waktu ya sik tauk apa benda nok nama azam tok. Mun lam bahasa Melanau Vaie, azam tok maknanya 'cucu'. Sik patut juak gik kecik dolok dah ditanyak nama cucu mena sik. Hehe...

Tok kamek madah ngan kitak orang, azam tahun baru tok eh sama laa reti nya dengan impian, cita-cita, harapan, ataupun misi kita untuk tahun baru kelak. Haa, jangan kaktok madah sik tauk gik, pesit telinga kelak. Guro ajak...

Apa jak azam tahun baru kitak orang? Setiap kita tok nang ada nyimpan azam untuk tahun baru tok kelak. Tok antara azam-azam nok popular mun tanyak ngan siapa-siapa:

  • nak kurus
  • nak nambah berat badan
  • nak melancong
  • nak kawen
  • nak nyambung belajar
  • nak majukan bisnes

Ya baruk sikit lah nak kamek pat list. Kelak pandei-pandei kitak orang nyambung nya ok. Apa jak pun azam kitak orang, kamek doakan kitak orang dapat capai nya. Aamiin.

Azam kamek untuk tahun baru 2017 tok kelak ialah kamek nak menabung 2 jenis tabungan tok:


1. tabungan ngekot minggu


Untuk tabungan tok, kamek mesti nyimpan setiap hari Jumaat (hari mana-mana pun boleh juak sebenarnya) ngekot bilangan minggu ya minggu yang ke berapa. Misal kata minggu pertama, kamek mesti nyimpan RM1. Misal minggu ke-28, kamek mesti nyimpan RM28. In shaa Allah kelak abis tahun 2017 kamek akan dapat nyimpan total RM1378. Mun semua dipermudah oleh Allah, tahun-tahun seterusnya pun kamek nak nabung camtok juak sampe tahun 2020. Tahun 2020 ya kelak pecah tabung untuk pergi umrah. Mudahan semua joros, doakan kamek ok. :)


2. tabungan 1g setiap bulan dalam GAP

In shaa Allah untuk tabungan tok berjalan lancar. Setiap kali dapat gaji, kamek akan tolak siap-siap 1g emas masuk ke akaun GAP kamek. Untuk bini ngan anak kamek pun kamek molah macam tok juak, simpan 1g emas dalam GAP setiap bulan. Kelak hujung tahun ngeluar emas ya dari akaun ngambik emas fizikal. Then mun da duit lebih tiap bulan, boleh lah nambah lam akaun 2 or 3 gram gik. (Dapat gaji, tolak terus simpanan tetap, baruk spending lebihan. Misal ada baki, masuk tabung balit)



Mudahan setiap azam tahun baru kita semua tercapai kelak. Doakan kamek dikurnia kesihatan tubuh badan, rezeki yang melimpah dan dipermudah segala urusan tahun baru tok kelak. Kamek pun doakan kitak orang semua yang baik-baik. Aamiin.



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017

Azizi Akramin bin Bakri

Friday, 30 December 2016

Gold Accumulation Program by Public Gold

Bismillahirrahmanirrahim


Apa itu akaun GAP?

Gold Accumulation Program
- Ialah satu sistem akaun emas 999.9(24k) yang diperkenalkan oleh syarikat Public Gold
- Menyimpan dalam akaun, dalam bentuk emas
- Analogi mudah, ianya sama seperti simpanan di bank:
  1. simpanan boleh dibuat / dikeluarkan bila-bila masa 
  2. bezanya ialah simpanan dalam bentuk emas bukan wang kertas 
  3. disokong sepenuhnya oleh emas fizikal tidak seperti wang kertas maya

Manfaat GAP

  • boleh bermula 1g atau rm100 sahaja
  • boleh tambah tabungan minima gandaan rm50
  • tiada tarikh luput
  • tiada gst dikenakan
  • tidak perlu risau untuk mencari tempat menyimpan emas
  • tiada caj simpanan
  • boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
  • sesuia untuk org berada jauh dari branch Public Gold
  • sesuai untuk org yang di luar negara
  • untuk ibu bapa yang ingin menyimpan demi masa depan anak-anak (akaun bersama)


Sistem GAP amat senang, mudah difahami dan mesra pengguna. Ayuh buka akaun GAP anda hari ini.

Hari ini harga 1g GAP ialah RM178

Hubungi saya untuk pendaftaran akaun GAP anda hari ini:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Thursday, 29 December 2016

First Delicious Ice Creams in Town

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah kami sefamily baru balik dari Miri. Tidur satu malam di Miri sebab nak shopping baju Aisya. Banyak baju Aisya dah kecik. Dapat lah 8 pasang baju hasil shopping semalam dan siang tadi.

Tengahari tadi lepas lunch, ingat nak balik terus ke Bintulu. Tapi tekak rasa nak minum something lah pulak sambil sambil drive ke Bintulu. Wife pun teringat kawan Facebook ada review pasal coconut shake kat Miri. Dia pun scroll balik kat FB nak cari post coconut shake tu.

Tusan Coconut Ice Cream nama facebook coconut shake ni. Haa, boleh cari sekarang. Then dah tengok alamat dengan peta sekali, kami pun pergi ke Tusan Coconut Ice Cream ni (outlet Riam). Diorang ada 3 outlet. Satu kat Pantai Tusan, satu lagi kat Permyjaya. Then yang kami pergi ni kat Riam. Outlet dia kat Riam ni tak jauh dari E-Mart Riam. Kedai dia berhadapan dengan Awang Mahyan Cafe.

Wife yang keluar pergi beli, saya duduk dalam kereta jaga Aisya tengah tidur. Wife belikan 2 coconut shake. Satu perisa "Original" untuk dia dan satu lagi perisa "Chocolate" untuk saya. Sekali sedut je memang dah terasa sedapnya. Rasa refreshing pun ada. Harga pun murah. Memang berbaloi beli. Orang cakap, 'worth the money' lah. So, lainkali kalau datang ke Miri memang nak cuba menu lain pulak.

Tusan Coconut Ice Cream (Riam)



Left: Coconut Shake Original
Right: Coconut Shake Chocolate
(tak sempat ambil gambar sebelum minum, tak sabar-sabar nak rasa hihi)

Boleh refer map ni kalau nak pergi. Harap-harap membantu.


Azizi Akramin
016-5722206


Friday, 23 December 2016

Penangan 0.5 gram

Bismillahirrahmanirrahim

Teknik memulakan simpanan emas!

Rasa susah nak menyimpan duit? Simpanlah emas.
Takut simpan emas pun akan digadai untuk dapatkan duit? Boleh cuba teknik ni.

Ini guide dari mentor saya iaitu Mr Hafizul waktu mula-mula saya nak mulakan simpanan emas dulu. Teknik ni saya praktikkan sendiri dan Alhamdulillah hasilnya positif. Ada juga kawan-kawan yang praktikkan teknik yang sama. Ternyata kami berjaya.

Caranya:
  • Cuba beli emas paling ringan dan murah which is 0.5g. Harga murah iaitu RM120. Design pun macam-macam boleh pilih.
  • Letak emas tersebut dalam wallet/purse dan tengok berapa lama kita boleh tahan tanpa gadaikannya
  • Selepas sebulan jika emas tersebut masih ada dalam wallet kita, tambah lagi simpanan emas. Boleh pilih design yang lain pulak.

Ternyata kebocoran simpanan anda boleh ditampung dengan menyimpan emas.

Mulakan sekarang, saya bantu anda. Whatsapp saya detail berikut:

- Nama penuh:
- Ic:
- Email:
- Hp:
- Design:

Bank in/transfer ke akaun public gold:

  • Maybank : 5571 3923 8048 - Public Gold Marketing SDN BHD
  • Public Bank : 3167 52 0833  - Public Gold Marketing SDN BHD

Bawa resit/screenshot pembayaran ke branch terdekat dan ambil emas anda. Mudah bukan?

"A chance not taken is an oppurtunity missed"
-Ken Petti-

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Public Gold Puncanya

Bismillahirrahmanirrahim




Seperti yang saya janjikan dalam posting sebelum ini, in shaa Allah kali ini saya akan kongsikan kenapa saya memilih untuk menyimpan bersama Public Gold.

Setelah saya tahu tentang kebaikan dan manfaat menyimpan emas, saya mula buat research bagaimana hendak dapatkan emas untuk dijadikan simpanan. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia iaitu Public Gold. Ada beberapa orang rakan yang telah dahulu menyimpan bersama Public Gold untuk saya tanyakan soalan. Lepas dah yakin dan faham, saya pun mengikut jejak mereka untuk menyimpan emas bersama Public Gold.

Di antara sebab kenapa saya memilih public gold:


  1. Harga per gram lebih rendah berbanding kedai emas kerana jual langsung dari syarikat Public Gold dan bukan melalui orang tengah seperti di kedai emas.
  2. Susut nilai yang rendah berbanding kedai emas (PG 5% - 10% ; kedai emas 25% - 40%)
  3. Emas keluaran Public Gold mempunyai akreditasi London Bullion Market Assosiation dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
  4. Disertakan dengan sijil emas.
  5. Banyak cawangan di seluruh Malaysia. (18 cawangan seluruh Malaysia)
  6. Jaminan beli balik oleh public gold walaupun terdapat calar atau kemek pada emas.
  7. Diterima luas sistem Ar-Rahnu untuk tujuan pajak. Malah dalam masa terdekat, emas Public Gold juga boleh didapati di cawangan Ar-Rahnu.
  8. Sistem booking 24 jam sehari 365 hari setahun. 
  9. Boleh menyimpan dalam jumlah sedikit, bila-bila masa bermula dr 0.5g hingga 1kg.
  10. Boleh guna EPP (easy payment purchase) selama 4 bulan. Anda cuma perlu bayar 0.5% sebagai caj perkhidmatan simpanan.
  11. Untuk emas fizikal 0.5g dan 1g, terdapat pelbagai jenis dan tema yang anda boleh pilih. Design yang menarik untuk dijadikan collection.
  12. Public Gold juga ada mewujudkan GAP (Gold Accumulation Program).

Di antara sebab-sebab yang saya nyatakan di atas, yang paling saya suka ialah ada nya program GAP. Bagi saya, GAP ialah program menyimpan dan mengumpul emas yang sangat baik. Dengan program ini, saya dapat menyimpan emas serendah RM100 pada bila-bila masa tidak tertakluk kepada jangka masa. In sha Allah saya akan kongsikan berkenaan GAP dalam posting yang akan datang.


"Start now buying gold coins, any kind, and hoarding them.”
— Dr. John L. King
Hubungi saya untuk mulakan simpanan emas anda hari ini:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Sunday, 18 December 2016

Apa Saya Buat Sebelum Simpan Emas

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dapat juga cari masa untuk tulis dalam blog ni. Maklumlah dah hujung tahun ni sibuk sangat. In shaa Allah kali ni saya nak berkongsi apa yang saya buat sebelum saya menyimpan emas. Dari segi aliran kewangan dan tabungan saya. Semoga dapat manfaat bersama.

Sebelum menyimpan emas, setiap kali dapat gaji, saya akan asingkan sebahagian untuk simpanan dan sebahagian lagi untuk bayar komitmen bulanan. Duit yang saya asingkan untuk simpanan saya akan terus simpan dalam beberapa tempat:

1. Amanah Saham Bumiputera

Kenapa saya memilih simpanan dalam akaun ini ialah kerana melalui Amanah Saham Bumiputera, simpanan yang kita buat akan mendapat dividen setiap tahun. Purata dividen dari tahun 1990 sehingga tahun 2015 ialah 8% setahun. Dari sini, simpanan saya akan meningkat dari hasil dividen dan simpanan saya sendiri.



2. Tabung Haji

Melalui simpanan di Tabung Haji juga kita boleh mendapat dividen dan bonus dari hasil tabungan kita. Hasil dividen dan bonus ini dikira melalui purata baki minima simpanan kita pada setiap bulan. Selain untuk dividen dan bonus dari Tabung Haji, tujuan utama saya menyimpan di sini ialah untuk persediaan menunaikan haji kelak. Orang putih cakap "Kill two birds with one stone".


3. Insurans

Ya, saya juga ada melanggan polisi insurans takaful pakej 3+1. Melalui pakej insurans takaful ini, saya bukan sahaja mendapat pelindungan insurans, malah sebahagian dari jumlah yang saya bayar pada setiap bulan akan dilaburkan ke dalam dana-dana yang dipercayai dan patuh syariah. Selepas beberapa tahun, saya boleh keluarkan sebahagian dari hasil pelaburan tadi.
Insurans amat penting untuk kita dalam masa kecemasan. Selain untuk perlindungan, mengapa tidak untuk simpanan dan pelaburan sekali?




Sekarang, saya menambah satu lagi jenis tabungan saya iaitu dengan menyimpan emas. Seperti yang saya kongsikan dalam posting sebelum ini, banyak manfaat dan kebaikan yang kita boleh dapat dengan menyimpan emas.
Untuk simpanan emas, saya memilih emas daripada Public Gold. In shaa Allah saya akan kongsikan sebab kenapa saya memilih untuk menyimpan emas bersama Public Gold dalam posting akan datang.


Emas adalah aset murah yang senang didapati dan dimiliki.


Hubungi saya untuk mulakan simpanan emas anda hari ini:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206