Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, dapat juga cari masa untuk tulis dalam blog ni. Maklumlah dah hujung tahun ni sibuk sangat. In shaa Allah kali ni saya nak berkongsi apa yang saya buat sebelum saya menyimpan emas. Dari segi aliran kewangan dan tabungan saya. Semoga dapat manfaat bersama.
Sebelum menyimpan emas, setiap kali dapat gaji, saya akan asingkan sebahagian untuk simpanan dan sebahagian lagi untuk bayar komitmen bulanan. Duit yang saya asingkan untuk simpanan saya akan terus simpan dalam beberapa tempat:

1. Amanah Saham Bumiputera
Kenapa saya memilih simpanan dalam akaun ini ialah kerana melalui Amanah Saham Bumiputera, simpanan yang kita buat akan mendapat dividen setiap tahun. Purata dividen dari tahun 1990 sehingga tahun 2015 ialah 8% setahun. Dari sini, simpanan saya akan meningkat dari hasil dividen dan simpanan saya sendiri.
2. Tabung Haji
Melalui simpanan di Tabung Haji juga kita boleh mendapat dividen dan bonus dari hasil tabungan kita. Hasil dividen dan bonus ini dikira melalui purata baki minima simpanan kita pada setiap bulan. Selain untuk dividen dan bonus dari Tabung Haji, tujuan utama saya menyimpan di sini ialah untuk persediaan menunaikan haji kelak. Orang putih cakap "Kill two birds with one stone".
3. Insurans
Ya, saya juga ada melanggan polisi insurans takaful pakej 3+1. Melalui pakej insurans takaful ini, saya bukan sahaja mendapat pelindungan insurans, malah sebahagian dari jumlah yang saya bayar pada setiap bulan akan dilaburkan ke dalam dana-dana yang dipercayai dan patuh syariah. Selepas beberapa tahun, saya boleh keluarkan sebahagian dari hasil pelaburan tadi.
Insurans amat penting untuk kita dalam masa kecemasan. Selain untuk perlindungan, mengapa tidak untuk simpanan dan pelaburan sekali?
Sekarang, saya menambah satu lagi jenis tabungan saya iaitu dengan menyimpan emas. Seperti yang saya kongsikan dalam posting sebelum ini, banyak manfaat dan kebaikan yang kita boleh dapat dengan menyimpan emas.
Untuk simpanan emas, saya memilih emas daripada Public Gold. In shaa Allah saya akan kongsikan sebab kenapa saya memilih untuk menyimpan emas bersama Public Gold dalam posting akan datang.

Emas adalah aset murah yang senang didapati dan dimiliki.
Hubungi saya untuk mulakan simpanan emas anda hari ini:
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206
No comments:
Post a Comment