Wednesday, 1 March 2017

Best Giler Ada Promosi Setiap Bulan

Bismillahirrahmanirrahim

Seperti bulan-bulan sebelum ini, pada bulan Mac ini Public Gold menawarkan promosi kepada anda untuk menjadi seorang Authorised Dealer. Melalui promosi seperti ini, anda boleh menjadi Dealer pada kadar yang lebih murah berbanding waktu lain yang tiada promosi.
(promosi bulan Mac 2017)
Dengan pembelian emas serendah 100g melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP), anda secara automatik bergelar Public Gold Authorised Dealer. Jika mengikut harga 1g GAP pada hari ini, 100g bersamaan dengan RM19300. Berbanding hari-hari biasa, untuk menjadi Dealer anda perlu membuat pembelian emas bersamaan nilai RM30000. Bermakna dengan promosi ini anda sudah dapat penjimatan sebanyak RM10700.

Apa kelebihan-kelebihan menjadi seorang Dealer Public Gold? Cuba klik sini untuk ketahui kelebihan menjadi Public Gold Authorised Dealer.

Jom jadi Dealer Public Gold hari ini, sementara promosi ini masih sah.

Belum mempunyai akaun GAP? Hubungi saya untuk saya bantu daftarkan akaun anda segera.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Tuesday, 28 February 2017

Belajar Dari Pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak anda terfikir kenapa orang dulu-dulu banyak simpan emas? Tak kisah emas bagaima, samada jongkong, syiling atau barang kemas, pasti ada.

Kerana mereka belajar dari pengalaman.

Sebelum era penjajahan Jepun, mata wang yang digunakan ialah mata wang British. Apabila Jepun menjajah, mereka gunakan pula wang Jepun. Kemudian selepas British menawan semula Tanah Melayu, mata wang British yang baru pula diperkenalkan.

Wang yang banyak mereka peroleh sewaktu zaman penjajahan British menjadi tidak bernilai serta-merta setelah Jepun menjajah. Begitu juga dengan wang Jepun, terus menjadi kertas biasa apabila British berjaya menawan semula Tanah Melayu.

(Japan Ten Dollar atau nama popularnya Duit Pokok Pisang)
Wang British sebelum penjajahan Jepun pula tidak dapat diguna pakai lagi setelah British kembali menawan Tanah Melayu. Kerana British telah memperkenalkan wang yang baru.

(wang yang diguna pakai selepas British kembali menawan Tanah Melayu daripada Jepun)
Jika anda perasan, pada wang kertas kita hari ini ada tercetak 'wang ini sah diperlakukan dengan nilai'. Maka jika sesebuah kerajaan itu tidak lagi mengiktiraf wang tersebut, ianya akan terus menjadi tiada nilai dan tidak lagi dapat digunakan. Contohnya duit syiling RM1. Sekarang sudah tidak sah digunakan. Hanya menjadi koleksi wang untuk para pengumpul.

Penyelesaiannya, simpan emas. Kerana emas tetap laku dan bernilai, tidak mengira siapa yang memerintah. Kerana nilai emas tidak dipengaruhi oleh perperangan atau politik.

Bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak  berguna'. Cukuplah kita sebagai generasi baru belajar daripada pengalaman mereka yang terdahulu. Jangan kita menyesal andai satu hari nanti, wang kertas yang kita kumpul kini menjadi tidak lagi bernilai.

Selamatkan kekayaan anda, simpan emas.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Friday, 24 February 2017

Emas Ada 'Superpower'

Bismillahirrahmanirrahim

Jom menabung emas.
Nak lagi sebab mengapa emas adalah simpanan terbaik berbanding duit kertas?

EMAS KALIS SEMUA

(menyimpan emas melalui Akaun Gold Accumulation Program - GAP)
1. Emas kalis air
  • anda tidak perlu risau jika berlaku banjir atau terlupa di dalam poket seluar ketika dicuci -emas tidak rosak dan masih bernilai
  • jika simpan duit kertas, habis basah dan koyak - tidak dapat digunakan lagi
2. Emas kalis api
  • jika berlaku kebakaran, emas anda selamat - walau lebur sekalipun, ia masih emas bernilai dan dapat dibentuk semula
  • kalau simpan duit kertas - alamatnya anda akan jumpa abunya sahaja
3. Emas kalis inflasi
  • yang penting sekali, emas kalis inflasi - terbaik untuk simpanan
  • duit kertas yang disimpan lama kelamaan akan kurang kuasa beli kerana dimakan inflasi
(simpan duit kertas atau simpan emas)
Terbuka hati untuk menyimpan emas? Jom hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Thursday, 23 February 2017

6 Perkara Penting Anda Harus Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Ingin membeli emas? Untuk pelaburan? Atau simpanan? Ingin menyimpan emas untuk anak-anak?

Sebelum membeli emas, ketahui perkara-perkara berikut:

1. jongkong, koin atau barang kemas
  • kenali apa tujuan anda membeli emas samada untuk simpanan atau pelaburan dan sebagainya
  • pilih emas yang bersesuaian dengan tujuan anda
  • contoh untuk simpanan anda boleh beli emas 1g untuk tujuan setiap bulan melalui Gold Accumulation Program (GAP) dengan Public Gold
  • untuk pelaburan pula, Public Gold ada menjual emas dengan berat 250g hingga 1kg 
2. harga emas per gram
  • ketahui harga emas dunia dan bandingkan harga tersebut dengan harga emas di Malaysia
  • pilih emas yang harganya sesuai dengan tujuan anda membeli emas
  • contohnya emas Public Gold adalah bebas GST dan murah sesuai dijadikan sebagai emas simpanan
(pilih dan semak harga emas yang anda mahu beli di www.publicgold.com.my)
3. spread (susut nilai)
  • semakin kecil nilai spread, maka semakin untung jika anda hendak menjual emas tersebut
  • nilai ini ialah jurang harga beli dan harga jual semula
  • untuk pelaburan, emas yang lebih berat adalah lebih baik kerana semakin berat emas anda beli, spread juga semakin berkurang
  • contoh spread untuk barang kemas ialah sekitar 25% - 40% manakala spread untuk emas Public Gold adalah sekitar 6% - 9%
4. senang dijual semula
  • emas yang baik adalah emas yang senang untuk dijual semula dan diterima meluas oleh banyak pihak jika anda hendak menjualnya bagi mendapatkan wang
  • emas yang baik ialah emas yang ketulenannya disahkan oleh seorang Assayer dan mempunyai akreditasi LBMA yang membolehkan emas tersebut diterima meluas di seluruh dunia
  • contohnya emas Public Gold diterima meluas oleh Ar-Rahnu seluruh Malaysia kerana ketulenan yang telah disahkan dan memiliki akreditasi LBMA
(koin 1 Dinar keluaran Public Gold)
5. kelebihan tersendiri emas
  • emas sudah tentu mempunyai kelebihannya tersendiri selain nilainya yang menaik dan mampu menjadi penyimpan nilai wang
  • emas yang mempunyai banyak kelebihan pasti akan diterima meluas untuk tujuan pajak atau jual semula
  • emas-emas keluaran Public Gold mempunyai banyak kelebihan antaranya ia dijamin akan dibeli semula oleh pihak Public Gold jika anda ingin menjualnya semula, walaupun dalam jumlah yang besar
  • malah traksaksi jual beli emas Public Gold juga disahkan patuh syariah
6. kemudahan simpanan
  • emas yang anda beli haruslah disimpan di tempat yang selamat
  • peti keselamatan di bank-bank boleh disewa untuk menyimpan emas
  • Public Gold menawarkan penyimpanan percuma dengan pembelian melalui Gold Accumulation Program (GAP)
  • selain itu emas boleh juga disimpan di Public Safe dengan sewa tahunan yang berpatutan
(Gold Accumulation Program by Public Gold)
Dah tahu perkara-perkara penting sebelum membeli emas, sekarang bolehlah pilih emas yang anda ingin beli. Untuk tujuan pelaburan atau simpanan, Public Gold yang terbaik. Kemudahan lain-lain selepas pembelian emas, Public Gold juga terbaik.

Berminat menjadi pelanggan Public Gold? Hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Wednesday, 22 February 2017

Nak Untung, Anda Mesti Bijak Memilih

Bismillahirrahmanirrahim

Simpan Emas!

"Aku simpan emas, tapi dalam bentuk barang kemas. Emas jugak kan?"

Ya, memang betul membeli dan menyimpan barang kemas adalah satu daripada contoh simpanan emas. Tapi menyimpan barang kemas, anda sukar hendak memaksimumkan nilai simpanan anda. Menjadikan barang kemas kurang sesuai untuk dijadikan simpanan.

Jadi bagaimana untuk memaksimumkan keuntungan daripada simpanan anda? Jawapan saya, simpan emas jongkong atau koin Dinar yang berketulenan 99.9% iaitu 24K.

(emas jongkong atau barang kemas)
Satu sebab utama barang kemas kurang sesuai dijadikan sebagai simpanan adalah kerana SUSUT NILAI. Barang kemas mempunyai susut nilai yang lebih tinggi berbanding emas jongkong atau koin Dinar. Kenapa susut nilai barang kemas lebih tinggi:
  • barang kemas mempunyai tempoh popular
    • jika anda jual semula barang kemas anda pada ketika coraknya sudah tidak popular lagi, pihak kedai terpaksa menanggung kos untuk meleburkan barang kemas tersebut untuk dijadikan barang kemas yang baru
  • barang kemas mudah terdapat kecacatan
    • jika terdapat kecacatan seperti kemik atau putus pada barang kemas anda, pihak kedai juga terpaksa menanggung kos membaik pulih ataupun lebih parah jika terpaksa leburkan dan buat barang kemas yang baru
  • kos perkhidmatan
    • barang kemas dikenakan 2 kali kos perkhidmatan iaitu sewaku anda membeli dan menjualnya semula, menjadikan jurang perbezaan harga beli dan harga jual lebih besar
Berbeza dengan emas jongkong atau koin Dinar yang mempunyai ketulenan 99.9%, susut nilainya adalah lebih rendah. Maka jurang harga antara harga beli dan harga jual tidak besar. Menjadikan emas jongkong atau koin Dinar 99.9% amat sesuai dijadikan sebagai emas simpanan.

Nak beli jongkong emas atau koin Dinar berketulenan 99.9%? Hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Tuesday, 21 February 2017

Rizab Emas, Untuk Diri dan Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 12 Februari yang lepas, negara Jerman telah membawa balik emas-emas miliknya yang disimpan di luar negara. Emas-emas ini akan menjadi rizab untuk negara Jerman. Menurut Utusan Online, jumlah emas yang berjaya dibawa pulang adalah sebanyak 272,155 kilogram ataupun bersamaan dengan RM57.7 billion. Baca butiran selanjutnya di sini.

(gambar emas milik Jerman - Utusan Online)
Negara kita, Malaysia juga mempunyai rizab emas. Rizab emas ini bertujuan sebagai penyimpan nilai dan untuk menebus para pemegang wang kertas.

Jika sesebuah negara atau bank pusat menjadikan emas sebagai rizab iaitu simpanan, jelas emas amat bernilai dan penting. Jadi mengapa tidak anda? Jadikan emas sebagai rizab untuk diri sendiri bagi kegunaan masa depan. Malah bagi yang sudah berkeluarga, simpan emas sebagai rizab keluarga anda.

Memulakan simpanan emas tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh bermula serendah RM100 atau 1 gram. Lama kelamaan rizab anda akan menjadi banyak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
(Program Mengumpul Emas - bermula serendah RM100 atau 1g)
Jika anda terus hendak manyimpan emas yang berat, pasti sukar bagi anda untuk bermula. Akhirnya cita-cita untuk memiliki simpanan emas yang banyak hanya tinggal angan-angan Mat Jenin.

Mulakan simpanan emas anda hari ini. Hubungi saya, saya sedia membantu.


Azizi Akramin bin Bakri | 0165722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Monday, 20 February 2017

Beli Emas, Kaya Raya

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam masa satu hari sahaja, anda boleh menjadi lebih kaya dengan membeli emas.

Ya! Hanya mengambil masa satu hari sahaja. Tapi anda hanya menjadi sedikit lebih kaya dari hari sebelumnya. Itupun JIKA harga emas yang anda beli hari ini, keesokan harinya naik menjadi lebih mahal.

Inilah konsep pemikiran ramai dalam masyarakat kita. Beranggapan apabila telah membeli emas, boleh menjadi begitu kaya raya dalam masa yang singkat.

(harga 2kg pada tahun 2020 dijangka lebih RM1 juta)
Tidak dinafikan, dengan membeli emas anda boleh menjadi kaya raya. Namun harus diingatkan, harga emas menaik dalam masa jangka panjang. Jika ada pihak yang menawarkan hasil yang lumayan dalam masa singkat dengan pembelian emas, berkemungkinan besar itu adalah sindiket penipuan.

Menyimpan emas adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Beli emas hari ini, anda tuai hasilnya dalam 10 atau 20 tahun lagi. Beginilah konsep yang harus kita ingat dan amal, supaya kita tidak mudah terjerat dengan janji-janji manis sindiket penipuan emas.

Simpan emas hari ini untuk masa depan anak-anak. Hubungi saya untuk mulakan simpanan.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369