Tuesday, 21 February 2017

Rizab Emas, Untuk Diri dan Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 12 Februari yang lepas, negara Jerman telah membawa balik emas-emas miliknya yang disimpan di luar negara. Emas-emas ini akan menjadi rizab untuk negara Jerman. Menurut Utusan Online, jumlah emas yang berjaya dibawa pulang adalah sebanyak 272,155 kilogram ataupun bersamaan dengan RM57.7 billion. Baca butiran selanjutnya di sini.

(gambar emas milik Jerman - Utusan Online)
Negara kita, Malaysia juga mempunyai rizab emas. Rizab emas ini bertujuan sebagai penyimpan nilai dan untuk menebus para pemegang wang kertas.

Jika sesebuah negara atau bank pusat menjadikan emas sebagai rizab iaitu simpanan, jelas emas amat bernilai dan penting. Jadi mengapa tidak anda? Jadikan emas sebagai rizab untuk diri sendiri bagi kegunaan masa depan. Malah bagi yang sudah berkeluarga, simpan emas sebagai rizab keluarga anda.

Memulakan simpanan emas tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh bermula serendah RM100 atau 1 gram. Lama kelamaan rizab anda akan menjadi banyak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
(Program Mengumpul Emas - bermula serendah RM100 atau 1g)
Jika anda terus hendak manyimpan emas yang berat, pasti sukar bagi anda untuk bermula. Akhirnya cita-cita untuk memiliki simpanan emas yang banyak hanya tinggal angan-angan Mat Jenin.

Mulakan simpanan emas anda hari ini. Hubungi saya, saya sedia membantu.


Azizi Akramin bin Bakri | 0165722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

No comments:

Post a Comment