Bismillahirrahmanirrahim
Simpan Emas!
"Aku simpan emas, tapi dalam bentuk barang kemas. Emas jugak kan?"
Ya, memang betul membeli dan menyimpan barang kemas adalah satu daripada contoh simpanan emas. Tapi menyimpan barang kemas, anda sukar hendak memaksimumkan nilai simpanan anda. Menjadikan barang kemas kurang sesuai untuk dijadikan simpanan.
Jadi bagaimana untuk memaksimumkan keuntungan daripada simpanan anda? Jawapan saya, simpan emas jongkong atau koin Dinar yang berketulenan 99.9% iaitu 24K.
![]() |
(emas jongkong atau barang kemas) |
Satu sebab utama barang kemas kurang sesuai dijadikan sebagai simpanan adalah kerana SUSUT NILAI. Barang kemas mempunyai susut nilai yang lebih tinggi berbanding emas jongkong atau koin Dinar. Kenapa susut nilai barang kemas lebih tinggi:
- barang kemas mempunyai tempoh popular
- jika anda jual semula barang kemas anda pada ketika coraknya sudah tidak popular lagi, pihak kedai terpaksa menanggung kos untuk meleburkan barang kemas tersebut untuk dijadikan barang kemas yang baru
- barang kemas mudah terdapat kecacatan
- jika terdapat kecacatan seperti kemik atau putus pada barang kemas anda, pihak kedai juga terpaksa menanggung kos membaik pulih ataupun lebih parah jika terpaksa leburkan dan buat barang kemas yang baru
- kos perkhidmatan
- barang kemas dikenakan 2 kali kos perkhidmatan iaitu sewaku anda membeli dan menjualnya semula, menjadikan jurang perbezaan harga beli dan harga jual lebih besar
Berbeza dengan emas jongkong atau koin Dinar yang mempunyai ketulenan 99.9%, susut nilainya adalah lebih rendah. Maka jurang harga antara harga beli dan harga jual tidak besar. Menjadikan emas jongkong atau koin Dinar 99.9% amat sesuai dijadikan sebagai emas simpanan.
Nak beli jongkong emas atau koin Dinar berketulenan 99.9%? Hubungi saya.
Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369
No comments:
Post a Comment