Monday, 20 February 2017

Beli Emas, Kaya Raya

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam masa satu hari sahaja, anda boleh menjadi lebih kaya dengan membeli emas.

Ya! Hanya mengambil masa satu hari sahaja. Tapi anda hanya menjadi sedikit lebih kaya dari hari sebelumnya. Itupun JIKA harga emas yang anda beli hari ini, keesokan harinya naik menjadi lebih mahal.

Inilah konsep pemikiran ramai dalam masyarakat kita. Beranggapan apabila telah membeli emas, boleh menjadi begitu kaya raya dalam masa yang singkat.

(harga 2kg pada tahun 2020 dijangka lebih RM1 juta)
Tidak dinafikan, dengan membeli emas anda boleh menjadi kaya raya. Namun harus diingatkan, harga emas menaik dalam masa jangka panjang. Jika ada pihak yang menawarkan hasil yang lumayan dalam masa singkat dengan pembelian emas, berkemungkinan besar itu adalah sindiket penipuan.

Menyimpan emas adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Beli emas hari ini, anda tuai hasilnya dalam 10 atau 20 tahun lagi. Beginilah konsep yang harus kita ingat dan amal, supaya kita tidak mudah terjerat dengan janji-janji manis sindiket penipuan emas.

Simpan emas hari ini untuk masa depan anak-anak. Hubungi saya untuk mulakan simpanan.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

No comments:

Post a Comment