Bismillahirrahmanirrahim
Awal pagi tadi pukul 3 pagi sewaktu di ofis, ada seorang sahabat saya bertemu saya dan bertanyakan soalan yang dah lama beliau ingin nak tanya. Beliau sebenarnya dah lama berhasrat untuk menyimpan emas dalam Gold Accumulation Program (GAP). Alhamdulillah beliau berjaya untuk mengorak langkah pertama setelah lama memendam. Saya bantu beliau register akaun GAP ni pukul 4 pagi.
Tapi kalau anda nak tahu, sebelum beliau register akaun GAP ni, macam-macam soalan yang beliau tanya. Biasalah, langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri. Sebelum buat simpanan atau pelaburan, mesti ada ilmu tentang simpanan atau pelaburan yang bakal dibuat. Alhamdulillah saya boleh jawab dan berjaya meyakinkan beliau bahawa simpanan emas ni memang terbaik.
 |
| (jual semula emas untuk dapatkan duit) |
Salah satu soalan beliau ialah:
Kepada siapa boleh jual emas ni nanti?
Jawapan saya:
Secara umumnya, emas boleh dijual di mana-mana. Kerana emas ialah satu logam yang berharga dan sentiasa mempunyai nilai. Malah jika anda ke luar negara melancong dan membawa emas bersama, anda boleh jual untuk dapatkan wang.
Emas Public Gold juga begitu. Anda boleh jual emas Public Gold dalam simpanan anda di kedai-kedai emas. Tetapi emas anda haruslah emas yang telah disahkan ketulenan dan mempunyai sijil. Jika emas yang tiada sijil biasanya kedai emas tidak akan ambil kerana bimbang ianya emas curi. Namun, jika anda berhasrat untuk menjual emas anda di kedai emas, nilai spread yang dikenakan agak tinggi. Kerana mereka ambil kira kos untuk meleburkan dan jadikan barang kemas yang baru.
Untuk memdapatkan untung yang maksima dan nilai spread yang rendah, anda boleh jual semula emas milik anda kepada Public Gold. Spread untuk emas Public Gold adalah dalam 6% hingga 9% sahaja daripada harga asal. Sama seperti kedai-kedai emas, pihak Public Gold tidak akan menerima emas yang tiada sijil.
Jika emas anda mempunyai kecacatan, calar atau seal telah tanggal, jangan risau. Bawa dan jual semula kepada Public Gold. Pihak Public Gold boleh leburkan semula emas tersebut dan dijadikan emas yang baru. Tetapi nilai spread adalah agak tinggi daripada biasa kerana kos baikpulih emas yang mempunyai kecacatan.
Selain itu, pihak Public Gold juga jamin akan beli semula emas anda walaupun dalam skala yang besar. Contohnya anda hendak menjual emas milik anda seberat 1kg, pihak Public Gold pasti akan membeli semula emas tersebut setelah ditolak nilai spreadnya.
Selain daripada kedai emas dan Public Gold, anda juga boleh jual emas milik anda kepada Dealer Public Gold. Para Dealer selalunya akan beli emas anda untuk diijadikan stok simpanan mereka. Jika anda jual kepada Dealer, anda akan dapat duit anda serta merta. Mudah jika anda amat perlukan duit ketika itu.
- Jual kepada Pengumpul Koleksi
Sama seperti Dealer, para pengumpul koleksi emas juga selalunya akan beli emas anda untuk dijadikan koleksi simpanan mereka. Malah jika anda mempunyai emas yang 'rare', mereka juga sanggup untuk menawarkan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Biasanya emas yang 'rare' ini ialah emas yang sudah berhenti pengeluarannya atau emas yang mempunyai nombor siri menarik.
Jadi, anda tak perlu risau lagi jika nak jual semula emas anda. Sebab banyak pihak yang pasti akan beli emas anda. Jangan tunggu lagi, buka akaun GAP anda hari ini.
 |
| (akaun simpan dan kumpul emas) |
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206