Thursday, 16 February 2017

Zakat Emas

Bismillahirrahmanirrahim

Bagi individu muslim, adalah menjadi suatu kewajipan untuk membayar zakat. Ini termasuklah juga zakat emas.

Zakat Emas

Zakat emas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1. emas yang tidak dipakai

(emas dalam simpanan juga dikenakan zakat)
ertinya: emas di dalam simpanan termasuklah emas perhiasan yang tidak diguna di badan
syaratnya: berat keseluruhan adalah 85g atau lebih, DAN cukup haul 1 tahun
cara pengiraan zakat: zakat yang dikenakan ialah 2.5% daripada jumlah emas
contoh:

    • jumlah keseluruhan emas yang tidak diguna di badan kepunyaan anda ialah 100 gram, DAN anda telah menyimpannya selama setahun
    • harga semasa bagi 1 gram emas ialah RM189
    • jadi cara pengiraan zakatnya begini 2.5% x (100g x RM189)
    • maka zakat yang harus dibayar ialah RM472.50

2. emas perhiasan

ertinya: emas yang digunakan di badan seperti cincin, rantai dan gelang
syaratnya: melebihi 'uruf (kebiasaan berat) setempat
cara pengiraan zakat: zakat akan dikenakan ialah 2.5% ke atas nilai emas yang lebih daripada 'uruf
contoh: 

    • di Sarawak, 'uruf bagi emas perhiasaan ialah 775 gram, dan harga emas semasa ialah RM176
    • anda ada emas perhiasan seberat 800 gram
    • maknanya emas yang lebih daripada 'uruf ialah 25 gram (800g - 775g)
    • jadi cara mengira zakatnya begini 2.5% x (25g x RM176)
    • maka zakat yang harus dibayar ialah RM110
(Aurora : emas perhiasan dari Public Gold)

Harap bermanfaat untuk sahabat-sahabat pembaca semua.

Inginkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai zakat emas? Hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

No comments:

Post a Comment