Bismillahirrahmanirrahim
Masyarakat kita masih ramai yang mempunyai keraguan dan perasaan was-was dalam berurusan jual beli emas. Lantaran itu Public Gold telah mengambil inisiatif awal untuk memastikan produk-produk Public Gold adalah mematuhi syariah.
Amanie Advisors iaitu satu syarikat konsultan syariah emas, telah dilantik sebagai panel syariah untuk menilai produk-produk Public Gold bertujuan tidak lain untuk pengesahan patuh syariah. Untuk fasa pertama, produk-produk yang dinilai ialah:
- Belian biasa dengan pembayaran penuh (Outright Purchase)
- Belian biasa dengan pembayaran berperingkat (Easy Payment Purchase - EPP)
- Jualan balik (Buy Back)
Pada 16 Disember 2016 yang lepas, Amanie Advisors teleh mengesahkan bahawa ketiga-tiga produk Public Gold ini adalah patuh syariah. Sidang media pula telah diadakan pada 8 Februari yang lepas, sebagai pemberitahuan tentang 3 produk ini telah mendapat pengesahan patuh syariah sekaligus menghilangkan perasaan ragu masyarakat dengan emas Public Gold.
![]() |
(Public Gold menerima sijil patuh syariah daripada Amanie Advisors) |
Tahniah Public Gold! Fasa seterusnya akan diteruskan untuk memastikan kesemua produk-produk Public Gold disahkan patuh syariah.
![]() |
(sijil pengesahan patuh syariah daripada Amanie Advisors) |
Semoga dengan artikel ini, segala keraguan dalam transaksi jual beli emas bersama Public Gold terjawab. Tiada lagi rasa was-was dan bolehlah membeli emas dengan perasaan tenteram.
Jom beli emas. Hubungi saya.
Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369
No comments:
Post a Comment