Bismillahirrahmanirrahim
Simpanan. Tidak dapat tidak, memang harus ada. Antara kegunaan simpanan ialah:
- kecemasan
- membeli rumah
- berkahwin
- pendidikan anak-anak
- melancong
Terdapat pelbagai jenis simpanan yang selama ini kita guna. Ada yang guna hanya satu kaedah menyimpan, ada yang menyimpan di beberapa tempat berbeza. Antara jenis simpanan yang popular dalam masyarakat kita ialah:
- simpanan di bank
- simpanan di Tabung Haji
- simpanan di ASB
- simpanan dalam SSPN
- simpanan emas
![]() |
(simpanan emas untuk masa depan anak anda) |
Alhamdulillah, kini kebanyakan masyarakat kita memang sudah mempunyai kesedaran untuk menyimpan. Tapi, ramai di antara kita yang simpanannya gagal atau hanya separuh jalan. Mereka menyimpan, namun dalam masa yang sama duit simpanan mereka tidak juga bertambah walaupun bertahun-tahun.
Sebab apa?
Sebab cara kita meyimpan kurang berkesan. Selalunya kita mengamalkan konsep, "belanja dulu ada lebih simpan". Cara ini kurang berkesan kerana kita selalunya mengharapkan ada lebihan duit untuk jadi simpanan. Tapi kebanyakan masa, duit kita cukup-cukup sampai gaji seterusnya dan tidak ada pun lebihan duit untuk simpanan. Lebih malang lagi bila duit kita dah habis di tengah bulan, jadi kita terpaksa korek simpanan untuk terus bertahan sampai gaji seterusnya.
Bagaimana cara yang lebih baik untuk menyimpan?
"Simpan dulu kemudian belanja". Setiap kali terima gaji, asingkan terus sebahagian gaji untuk dijadikan simpanan. Buat 'Forced Saving' seperti ini. Kemudian yang selebihnya anda gunakan untuk bayar komitmen-komitmen dan belanja harian. Rancang kewangan anda sebaiknya. Macam ni, anda tak perlu risau jika tiada duit lebihan belanja sebab anda dah mempunyai simpanan sejurus terima gaji. Kalau ada lebihan duit belanja, Alhamdulillah boleh ditambah dalam simpanan.
![]() |
(simpanan terbaik ialah menyimpan emas) |
Membuat 'Forced Saving' dengan emas, bagaimana? Hubungi saya:
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206
No comments:
Post a Comment