Tuesday, 28 February 2017

Belajar Dari Pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak anda terfikir kenapa orang dulu-dulu banyak simpan emas? Tak kisah emas bagaima, samada jongkong, syiling atau barang kemas, pasti ada.

Kerana mereka belajar dari pengalaman.

Sebelum era penjajahan Jepun, mata wang yang digunakan ialah mata wang British. Apabila Jepun menjajah, mereka gunakan pula wang Jepun. Kemudian selepas British menawan semula Tanah Melayu, mata wang British yang baru pula diperkenalkan.

Wang yang banyak mereka peroleh sewaktu zaman penjajahan British menjadi tidak bernilai serta-merta setelah Jepun menjajah. Begitu juga dengan wang Jepun, terus menjadi kertas biasa apabila British berjaya menawan semula Tanah Melayu.

(Japan Ten Dollar atau nama popularnya Duit Pokok Pisang)
Wang British sebelum penjajahan Jepun pula tidak dapat diguna pakai lagi setelah British kembali menawan Tanah Melayu. Kerana British telah memperkenalkan wang yang baru.

(wang yang diguna pakai selepas British kembali menawan Tanah Melayu daripada Jepun)
Jika anda perasan, pada wang kertas kita hari ini ada tercetak 'wang ini sah diperlakukan dengan nilai'. Maka jika sesebuah kerajaan itu tidak lagi mengiktiraf wang tersebut, ianya akan terus menjadi tiada nilai dan tidak lagi dapat digunakan. Contohnya duit syiling RM1. Sekarang sudah tidak sah digunakan. Hanya menjadi koleksi wang untuk para pengumpul.

Penyelesaiannya, simpan emas. Kerana emas tetap laku dan bernilai, tidak mengira siapa yang memerintah. Kerana nilai emas tidak dipengaruhi oleh perperangan atau politik.

Bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak  berguna'. Cukuplah kita sebagai generasi baru belajar daripada pengalaman mereka yang terdahulu. Jangan kita menyesal andai satu hari nanti, wang kertas yang kita kumpul kini menjadi tidak lagi bernilai.

Selamatkan kekayaan anda, simpan emas.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Friday, 24 February 2017

Emas Ada 'Superpower'

Bismillahirrahmanirrahim

Jom menabung emas.
Nak lagi sebab mengapa emas adalah simpanan terbaik berbanding duit kertas?

EMAS KALIS SEMUA

(menyimpan emas melalui Akaun Gold Accumulation Program - GAP)
1. Emas kalis air
  • anda tidak perlu risau jika berlaku banjir atau terlupa di dalam poket seluar ketika dicuci -emas tidak rosak dan masih bernilai
  • jika simpan duit kertas, habis basah dan koyak - tidak dapat digunakan lagi
2. Emas kalis api
  • jika berlaku kebakaran, emas anda selamat - walau lebur sekalipun, ia masih emas bernilai dan dapat dibentuk semula
  • kalau simpan duit kertas - alamatnya anda akan jumpa abunya sahaja
3. Emas kalis inflasi
  • yang penting sekali, emas kalis inflasi - terbaik untuk simpanan
  • duit kertas yang disimpan lama kelamaan akan kurang kuasa beli kerana dimakan inflasi
(simpan duit kertas atau simpan emas)
Terbuka hati untuk menyimpan emas? Jom hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Thursday, 23 February 2017

6 Perkara Penting Anda Harus Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Ingin membeli emas? Untuk pelaburan? Atau simpanan? Ingin menyimpan emas untuk anak-anak?

Sebelum membeli emas, ketahui perkara-perkara berikut:

1. jongkong, koin atau barang kemas
  • kenali apa tujuan anda membeli emas samada untuk simpanan atau pelaburan dan sebagainya
  • pilih emas yang bersesuaian dengan tujuan anda
  • contoh untuk simpanan anda boleh beli emas 1g untuk tujuan setiap bulan melalui Gold Accumulation Program (GAP) dengan Public Gold
  • untuk pelaburan pula, Public Gold ada menjual emas dengan berat 250g hingga 1kg 
2. harga emas per gram
  • ketahui harga emas dunia dan bandingkan harga tersebut dengan harga emas di Malaysia
  • pilih emas yang harganya sesuai dengan tujuan anda membeli emas
  • contohnya emas Public Gold adalah bebas GST dan murah sesuai dijadikan sebagai emas simpanan
(pilih dan semak harga emas yang anda mahu beli di www.publicgold.com.my)
3. spread (susut nilai)
  • semakin kecil nilai spread, maka semakin untung jika anda hendak menjual emas tersebut
  • nilai ini ialah jurang harga beli dan harga jual semula
  • untuk pelaburan, emas yang lebih berat adalah lebih baik kerana semakin berat emas anda beli, spread juga semakin berkurang
  • contoh spread untuk barang kemas ialah sekitar 25% - 40% manakala spread untuk emas Public Gold adalah sekitar 6% - 9%
4. senang dijual semula
  • emas yang baik adalah emas yang senang untuk dijual semula dan diterima meluas oleh banyak pihak jika anda hendak menjualnya bagi mendapatkan wang
  • emas yang baik ialah emas yang ketulenannya disahkan oleh seorang Assayer dan mempunyai akreditasi LBMA yang membolehkan emas tersebut diterima meluas di seluruh dunia
  • contohnya emas Public Gold diterima meluas oleh Ar-Rahnu seluruh Malaysia kerana ketulenan yang telah disahkan dan memiliki akreditasi LBMA
(koin 1 Dinar keluaran Public Gold)
5. kelebihan tersendiri emas
  • emas sudah tentu mempunyai kelebihannya tersendiri selain nilainya yang menaik dan mampu menjadi penyimpan nilai wang
  • emas yang mempunyai banyak kelebihan pasti akan diterima meluas untuk tujuan pajak atau jual semula
  • emas-emas keluaran Public Gold mempunyai banyak kelebihan antaranya ia dijamin akan dibeli semula oleh pihak Public Gold jika anda ingin menjualnya semula, walaupun dalam jumlah yang besar
  • malah traksaksi jual beli emas Public Gold juga disahkan patuh syariah
6. kemudahan simpanan
  • emas yang anda beli haruslah disimpan di tempat yang selamat
  • peti keselamatan di bank-bank boleh disewa untuk menyimpan emas
  • Public Gold menawarkan penyimpanan percuma dengan pembelian melalui Gold Accumulation Program (GAP)
  • selain itu emas boleh juga disimpan di Public Safe dengan sewa tahunan yang berpatutan
(Gold Accumulation Program by Public Gold)
Dah tahu perkara-perkara penting sebelum membeli emas, sekarang bolehlah pilih emas yang anda ingin beli. Untuk tujuan pelaburan atau simpanan, Public Gold yang terbaik. Kemudahan lain-lain selepas pembelian emas, Public Gold juga terbaik.

Berminat menjadi pelanggan Public Gold? Hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Wednesday, 22 February 2017

Nak Untung, Anda Mesti Bijak Memilih

Bismillahirrahmanirrahim

Simpan Emas!

"Aku simpan emas, tapi dalam bentuk barang kemas. Emas jugak kan?"

Ya, memang betul membeli dan menyimpan barang kemas adalah satu daripada contoh simpanan emas. Tapi menyimpan barang kemas, anda sukar hendak memaksimumkan nilai simpanan anda. Menjadikan barang kemas kurang sesuai untuk dijadikan simpanan.

Jadi bagaimana untuk memaksimumkan keuntungan daripada simpanan anda? Jawapan saya, simpan emas jongkong atau koin Dinar yang berketulenan 99.9% iaitu 24K.

(emas jongkong atau barang kemas)
Satu sebab utama barang kemas kurang sesuai dijadikan sebagai simpanan adalah kerana SUSUT NILAI. Barang kemas mempunyai susut nilai yang lebih tinggi berbanding emas jongkong atau koin Dinar. Kenapa susut nilai barang kemas lebih tinggi:
  • barang kemas mempunyai tempoh popular
    • jika anda jual semula barang kemas anda pada ketika coraknya sudah tidak popular lagi, pihak kedai terpaksa menanggung kos untuk meleburkan barang kemas tersebut untuk dijadikan barang kemas yang baru
  • barang kemas mudah terdapat kecacatan
    • jika terdapat kecacatan seperti kemik atau putus pada barang kemas anda, pihak kedai juga terpaksa menanggung kos membaik pulih ataupun lebih parah jika terpaksa leburkan dan buat barang kemas yang baru
  • kos perkhidmatan
    • barang kemas dikenakan 2 kali kos perkhidmatan iaitu sewaku anda membeli dan menjualnya semula, menjadikan jurang perbezaan harga beli dan harga jual lebih besar
Berbeza dengan emas jongkong atau koin Dinar yang mempunyai ketulenan 99.9%, susut nilainya adalah lebih rendah. Maka jurang harga antara harga beli dan harga jual tidak besar. Menjadikan emas jongkong atau koin Dinar 99.9% amat sesuai dijadikan sebagai emas simpanan.

Nak beli jongkong emas atau koin Dinar berketulenan 99.9%? Hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Tuesday, 21 February 2017

Rizab Emas, Untuk Diri dan Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 12 Februari yang lepas, negara Jerman telah membawa balik emas-emas miliknya yang disimpan di luar negara. Emas-emas ini akan menjadi rizab untuk negara Jerman. Menurut Utusan Online, jumlah emas yang berjaya dibawa pulang adalah sebanyak 272,155 kilogram ataupun bersamaan dengan RM57.7 billion. Baca butiran selanjutnya di sini.

(gambar emas milik Jerman - Utusan Online)
Negara kita, Malaysia juga mempunyai rizab emas. Rizab emas ini bertujuan sebagai penyimpan nilai dan untuk menebus para pemegang wang kertas.

Jika sesebuah negara atau bank pusat menjadikan emas sebagai rizab iaitu simpanan, jelas emas amat bernilai dan penting. Jadi mengapa tidak anda? Jadikan emas sebagai rizab untuk diri sendiri bagi kegunaan masa depan. Malah bagi yang sudah berkeluarga, simpan emas sebagai rizab keluarga anda.

Memulakan simpanan emas tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh bermula serendah RM100 atau 1 gram. Lama kelamaan rizab anda akan menjadi banyak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
(Program Mengumpul Emas - bermula serendah RM100 atau 1g)
Jika anda terus hendak manyimpan emas yang berat, pasti sukar bagi anda untuk bermula. Akhirnya cita-cita untuk memiliki simpanan emas yang banyak hanya tinggal angan-angan Mat Jenin.

Mulakan simpanan emas anda hari ini. Hubungi saya, saya sedia membantu.


Azizi Akramin bin Bakri | 0165722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Monday, 20 February 2017

Beli Emas, Kaya Raya

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam masa satu hari sahaja, anda boleh menjadi lebih kaya dengan membeli emas.

Ya! Hanya mengambil masa satu hari sahaja. Tapi anda hanya menjadi sedikit lebih kaya dari hari sebelumnya. Itupun JIKA harga emas yang anda beli hari ini, keesokan harinya naik menjadi lebih mahal.

Inilah konsep pemikiran ramai dalam masyarakat kita. Beranggapan apabila telah membeli emas, boleh menjadi begitu kaya raya dalam masa yang singkat.

(harga 2kg pada tahun 2020 dijangka lebih RM1 juta)
Tidak dinafikan, dengan membeli emas anda boleh menjadi kaya raya. Namun harus diingatkan, harga emas menaik dalam masa jangka panjang. Jika ada pihak yang menawarkan hasil yang lumayan dalam masa singkat dengan pembelian emas, berkemungkinan besar itu adalah sindiket penipuan.

Menyimpan emas adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Beli emas hari ini, anda tuai hasilnya dalam 10 atau 20 tahun lagi. Beginilah konsep yang harus kita ingat dan amal, supaya kita tidak mudah terjerat dengan janji-janji manis sindiket penipuan emas.

Simpan emas hari ini untuk masa depan anak-anak. Hubungi saya untuk mulakan simpanan.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Sunday, 19 February 2017

Berniaga, Untung, Simpan

Bismillahirrahmanirrahim

Anda berniaga dan untung anda RM120 setiap minggu? Apa kata anda tukarkan keuntungan anda ke dalam bentuk emas? Ya, menyimpan RM120 tapi ditukar kepada emas. Begini lebih menguntungkan. Setahun anda sudah mampu simpan 24g emas.

(emas berketulenan 99.9%-24k boleh didapati dengan harga serendah RM120)
Mengapa menyimpan emas lebih menguntungkan?
  1. Nilai emas sentiasa menaik
  2. Boleh dipajak untuk mendapatkan modal berniaga
  3. Emas yang dipajak boleh ditebus semula - untung ada, emas pun dapat semula
  4. Mengekang nafsu berbelanja
  5. Emas mampu mengekalkan nilai walaupun nilai wang tunai jatuh
Menguntungkan bukan? Bijak dalam berniaga, bijak dalam menyimpan. Dalam masa berniaga, anda juga mampu untuk menyimpan emas. Untung berganda-ganda.

Jom tukarkan keuntungan anda dalam bentuk emas. Hubungi saya untuk ketahui cara menyimpan emas.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Friday, 17 February 2017

Siapa Yang Harus Dihubungi Untuk Beli Emas

Bismillahirrahmanirrahim

Bagi yang ingin membeli emas, tapi mahu ke cawangan Public Gold bagi melihat sendiri sebelum membeli, anda tidak perlu risau. Public Gold mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Terbaru Public Gold akan turut membuka cawangan di Brunei dalam masa terdekat.
(cawangan-cawangan Public Gold di Malaysia)
Bagi pengeluaran emas daripada akaun GAP, adalah lebih baik anda hubungi cawangan yang ingin anda pergi terlebih dahulu untuk membuat temujanji. Nyatakan berapa jumlah dan berat yang anda ingin keluarkan, cawangan tersebut akan menyediakan emas anda sebelum anda datang.

Untuk bantuan atau konsultansi pula, anda boleh berhubung dengan saya, Authorised Public Gold Dealer. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai emas Public Gold, In shaa Allah saya akan bantu. Anda juga boleh lawati dan hubungi saya di akaun Facebook milik saya Azizi Akramin.

Kalau nak buka akaun GAP pun boleh, whatsapp saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Public Gold Patuh Syariah

Bismillahirrahmanirrahim

Masyarakat kita masih ramai yang mempunyai keraguan dan perasaan was-was dalam berurusan jual beli emas. Lantaran itu Public Gold telah mengambil inisiatif awal untuk memastikan produk-produk Public Gold adalah mematuhi syariah.

Amanie Advisors iaitu satu syarikat konsultan syariah emas, telah dilantik sebagai panel syariah untuk menilai produk-produk Public Gold bertujuan tidak lain untuk pengesahan patuh syariah. Untuk fasa pertama, produk-produk yang dinilai ialah:
  1. Belian biasa dengan pembayaran penuh (Outright Purchase)
  2. Belian biasa dengan pembayaran berperingkat (Easy Payment Purchase - EPP)
  3. Jualan balik (Buy Back)

Pada 16 Disember 2016 yang lepas, Amanie Advisors teleh mengesahkan bahawa ketiga-tiga produk Public Gold ini adalah patuh syariah. Sidang media pula telah diadakan pada 8 Februari yang lepas, sebagai pemberitahuan tentang 3 produk ini telah mendapat pengesahan patuh syariah sekaligus menghilangkan perasaan ragu masyarakat dengan emas Public Gold.

(Public Gold menerima sijil patuh syariah daripada Amanie Advisors)
Tahniah Public Gold! Fasa seterusnya akan diteruskan untuk memastikan kesemua produk-produk Public Gold disahkan patuh syariah.

(sijil pengesahan patuh syariah daripada Amanie Advisors)
Semoga dengan artikel ini, segala keraguan dalam transaksi jual beli emas bersama Public Gold terjawab. Tiada lagi rasa was-was dan bolehlah membeli emas dengan perasaan tenteram.

Jom beli emas. Hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Thursday, 16 February 2017

Zakat Emas

Bismillahirrahmanirrahim

Bagi individu muslim, adalah menjadi suatu kewajipan untuk membayar zakat. Ini termasuklah juga zakat emas.

Zakat Emas

Zakat emas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1. emas yang tidak dipakai

(emas dalam simpanan juga dikenakan zakat)
ertinya: emas di dalam simpanan termasuklah emas perhiasan yang tidak diguna di badan
syaratnya: berat keseluruhan adalah 85g atau lebih, DAN cukup haul 1 tahun
cara pengiraan zakat: zakat yang dikenakan ialah 2.5% daripada jumlah emas
contoh:

    • jumlah keseluruhan emas yang tidak diguna di badan kepunyaan anda ialah 100 gram, DAN anda telah menyimpannya selama setahun
    • harga semasa bagi 1 gram emas ialah RM189
    • jadi cara pengiraan zakatnya begini 2.5% x (100g x RM189)
    • maka zakat yang harus dibayar ialah RM472.50

2. emas perhiasan

ertinya: emas yang digunakan di badan seperti cincin, rantai dan gelang
syaratnya: melebihi 'uruf (kebiasaan berat) setempat
cara pengiraan zakat: zakat akan dikenakan ialah 2.5% ke atas nilai emas yang lebih daripada 'uruf
contoh: 

    • di Sarawak, 'uruf bagi emas perhiasaan ialah 775 gram, dan harga emas semasa ialah RM176
    • anda ada emas perhiasan seberat 800 gram
    • maknanya emas yang lebih daripada 'uruf ialah 25 gram (800g - 775g)
    • jadi cara mengira zakatnya begini 2.5% x (25g x RM176)
    • maka zakat yang harus dibayar ialah RM110
(Aurora : emas perhiasan dari Public Gold)

Harap bermanfaat untuk sahabat-sahabat pembaca semua.

Inginkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai zakat emas? Hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Wednesday, 15 February 2017

Mas Kawin: Dinar dan Dirham Sebagai Alternatif Wang Tunai

Bismillahirrahmanirrahim

Mahar, mas kawin. 

Kebiasaan bagi kita melihat wang ringgit dijadikan sebagai mas kawin daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Tapi dengan kejatuhan nilai ringgit akhir-akhir ini membuatkan kita risau dan resah. Berapa agaknya nilai ringgit 10 atau 20 tahun akan datang?

Anda sanggup berikan sesuatu yang nilainya semakin mengecil saban tahun kepada orang tersayang sebagi mas kawin? Saya tak sanggup. Tapi jangan risau. Ada alternatif lain yang nilainya semakin meningkat dalam jangka masa panjang dan amt sesuai dijadikan mas kawin.

Koin Emas (Dinar) dan Koin Perak (Dirham)
(koleksi Dinar dan Dirham keluaran Public Gold)
Seperti yang kita sedia maklum, emas dan perak merupakan satu medium penyimpan nilai yang terbaik dan tidak akan dimamah inflasi. Cuba anda bayangkan lebih 1400 tahun yang lalu harga seekor kambing ialah 1 Dinar, hari ini masih juga kekal 1 Dinar. Jelas, emas dan perak tidak terjejas dengan inflasi.

Malah nilai emas dan perak akan sentiasa meningkat dan terus meningkat. Jadi, ia menjadikan dinar dan dirham sebagai suatu yang amat berharga bagi sesiapa sahaja baik pada masa sekarang ataupun pada masa depan.
(harga Dinar dan Dirham boleh disemak di laman web Public Gold)
Mari kita budayakan Dinar dan Dirham sebagai mas kawin. Berikan bakal isteri anda mahar atau mas kawin berupa Dinar atau Dirham, pasti bernilai di mana jua pada bila-bila masa.

Tempah Dinar dan Dirham anda hari ini, hubungi saya.

p/s: mahar untuk negeri Sarawak ialah RM120, 10 Dirham amat sesuai sebagai alternatif menggantikan wang tunai


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Tuesday, 14 February 2017

Kaedah Berbeza, Emas Yang Sama

Bismillahirrahmanirrahim

Apakah perbezaan di antara:

membeli emas terus di cawangan Public Gold 

dengan

membeli emas melalui Gold Accumulation Program (GAP)?

Ramai yang bertanyakan soalan yang sama kepada saya. Masih ramai yang samar-samar tentang perbezaan di antara dua kaedah ini.

Baik, cuba rujuk gambar di bawah untuk lebih pemahaman.
(beza pembelian emas secara terus dengan pembelian emas melalui GAP)
Bagaimana, anda lebih faham tentang beza kedua-dua kaedah ini? Diharap dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat pembaca semua.

Nak buka akaun GAP anda hari ini? Hubungi saya.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Monday, 13 February 2017

Tiga Sebab Anda Tidak Perlu Risau Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Minda kita telah banyak dimomokkan dengan berita tentang kerugian yang dialami oleh para pelabur setelah syarikat pelaburan cabut atau gulung tikar. Lalu menyebabkan ramai yang berasa was-was untuk berurusan dengan Public Gold samada untuk membeli atau melabur emas, kerana risau perkara yang sama akan berlaku iaitu tutup atau gulung tikar.

Kenapa nak risau? Jangan risau.

(Public Gold Global Business Center)
Pertama: anda kenal dan tahu apa itu Public Gold.

Anda harus mengenali syarikat tempat anda berurusan tentang emas ataupun apa-apa pelaburan. Setelah kenal, anda akan mendapat gambaran yang jelas samada syarikat itu menipu atau benar-benar telus. Cuba klik sini untuk kenali Public Gold dengan lebih dekat.

Dah kenal Public Gold, anda masih rasa Public Gold menipu dan akan tutup atau gulung tikar? Sudah tentu tidak kan.

Kedua: emas Public Gold berada di tangan anda.

Jika hari ini anda membeli emas dari kedai emas contohnya Wah Chan, Poh Kong, TOMEI, atau HABIB, dan anda bawa pulang emas yang anda beli. Kemudian keesokan harinya kedai emas tersebut tutup, adakah anda akan risau? Sudah tentu tidak kerana emas berada di tangan anda.

Begitu juga dengan Public Gold, anda tidak perlu berasa risau seandainya Public Gold tutup kerana emas yang anda beli berada dalam simpanan anda. Malah emas daripada akaun GAP pun anda boleh keluarkan dan simpan sendiri jika mahu.

Ketiga: emas Public Gold diterima ramai

Satu perkara yang anda harus tahu mengenai emas Public Gold ialah ianya diterima oleh banyak pihak untuk tujuan jual atau pajak. Kerana apa? Kerana emas Public Gold mempunyai akreditasi LBMA dan ketulenan emasnya disahkan oleh Assayer.

Jika selama ini anda takut tiada pihak menerima emas Public Gold selain Public Gold sendiri, kini tidak lagi.

(senarai syarikat-syarikat yang menerima emas Public Gold)
Buka akaun GAP anda hari ini. Hubungi saya:


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Sunday, 12 February 2017

Mendapat Keuntungan Setiap Bulan Dengan Emas

Bismillahirrahmanirrahim

  • Soalan: Bolehkah mendapat keuntungan setiap bulan setelah kita membeli emas?


Apa jawapan anda? Jika anda beli emas hari ini, setiap bulan anda akan dapat keuntungan hasil pembelian anda tadi. Tapi perlu juga diambil kira syarat-syarat lain.

  • Jawapan: Tidak boleh

Bagi setiap pembelian emas ataupun pelaburan, ianya tidak boleh ada keuntungan yang tetap setiap bulan kerana itu adalah riba. Tambahan pula, bagi pelaburan yang menjanjikan keuntungan bulanan yang lumayan walaupun tempoh melabur singkat berkemungkinan besar ialah skim penipuan.

  • Jawapan: Boleh
Anda boleh mendapat untung setiap bulan dengan pembelian emas berdasarkan prestasi harga emas dunia. Begini, tiada riba yang berlaku kerana anda tidak dijanjikan dengan pendapatan atau pulangan tetap setiap bulan. Sama seperti jika anda melabur di ASB atau Tabung Haji, tiada pulangan atau pendapatan tetap setiap tahun dijanjikan. Pendapatan anda hanyalah berdasarkan hibah syarikat pada tahun berkenaan.

  • Menjana keuntungan setiap bulan dengan Public Gold
Dengan Public Gold, anda mampu untuk menjana keuntungan lumayan setiap bulan dengan setiap pembelian emas. Bagaimana?

Anda hanya perlu menjadi seorang Authorised Public Gold Dealer.

(promosi menjadi Dealer Public Gold pada bulan Februari 2017)
Dengan menjadi Dealer, anda mampu untuk menjana keuntungan dengan setiap belian emas sendiri atau dari belian emas pelanggan yang anda kenalkan kepada Public Gold. Semakin ramai pelanggan yang anda kenalkan kepada Public Gold, semakin banyak pulangan anda. Begitulah setiap bulan.

Anda hanya akan mendapat keuntungan sekiranya anda berusaha. Ingat! Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak terbang melayang.



Jom jadi Dealer Public Gold, saya bantu anda.

Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Saturday, 11 February 2017

Pelaburan Emas Bersama Public Gold

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Public Gold anda bukan sahaja boleh membeli dan menyimpan emas, malah anda juga boleh melabur dalam masa yang sama. Secara peribadi, bagi saya pelaburan emas paling bagus ialah yang beratnya 250g ke atas. Kerana kenaikan harga adalah lebih besar dan ketara berbanding emas yang lebih ringan.

Kita ambil contoh tahun lepas 2016, kenaikan harga emas ialah sebanyak 11%. Andaikan pada tahun ini kenaikan harga emas juga 11%, cuba kira pulangan selepas setahun jika anda beli emas hari ini.

(Harga emas Public Gold hari ini 11 Februari 2017)
  • 100g
    • (RM18763 + 11%) - RM18763 = RM2063.93 (kenaikan harga dalam masa setahun)
  • 250g
    • (RM46754 + 11%) - RM46754 = RM5142.94 (kenaikan harga dalam masa setahun)
Anda nilai sendiri yang mana keuntungan lebih besar, ketara malah berbaloi. Beli emas hari ini dan tuai hasil kenaikan harga emas anda dalam masa setahun atau lebih. Di Public Gold anda tidak perlu risau risiko ditipu kerana emas yang anda beli, anda boleh simpan sendiri.

Ramai yang ingin melabur emas tapi tidak tahu bagaimana cara dan saluran yang betul. Ada juga yang sudah melabur, tapi kerana kurang ilmu dan pengalaman akhirnya semuanya lebur. Jadi, hati-hati dengan skim pelaburan yang tidak sah. Anda boleh semak di laman web Bank Negara Malaysia untuk melihat senarai syarikat yang dalam pemerhatian oleh pihak Bank Negara Malaysia kerana tiada pertauliahan. Atau klik sini untuk pautan pantas.

Sedikit tips pelaburan emas:
  1. Pastikan emas betul-betul wujud
  2. Ambil masa setahun atau lebih untuk tuai hasilnya
  3. Pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat berkemungkinan besar adalah SKIM CEPAT KAYA atau scam
Semoga bermanfaat untuk sahabat-sahabat pembaca.

p/s: pelaburan emas untuk pendidikan anak-anak pada masa akan datang merupakan langkah terbaik


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG 00075369

Friday, 10 February 2017

Persediaan Menghadapi 2020

Bismillahirrahmanirrahim

Anda masih ingat pada tahun 2012, ada satu artikel tentang harga emas dijangka melonjak sehingga mencecah RM503 per gram pada tahun 2020. Ya RM503/g!

Harga emas di negara kita bergantung dengan prestasi tukaran mata wang RM hari ini berbanding Dolar Amerika. Ditambah pula dengan harga emas dunia yang menunjukkan pola kenaikan saban hari. Melihat kepada dua faktor ini, tidak mustahil ramalan harga emas mencecah RM503 per gram pada tahun 2020 nanti menjadi kenyataan.

(harga per gram emas dijangka RM503 menjelang 2020)
Andai kata harga emas benar-benar mencapai RM503/g pada tahun 2020 nanti, adalah bijak jika kita mengambil tindakan membeli dan menyimpan emas dari masa sekarang. Sekarang adalah masa terbaik kerana harga emas masih rendah dan mampu dimiliki.

(harga 1g emas hari ini 10 Februari 2017)
Mulakan simpanan emas anda hari ini. Saya bantu anda.

p/s: simpan emas untuk masa depan anak-anak, pelaburan terbaik


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Thursday, 9 February 2017

Mengenali Public Gold

Bismillahirrahmanirrahim

Ramai antara sahabat-sahabat saya mempunyai soalan yang sama apabila saya ceritakan tentang Public Gold :-
"Apa Public Gold ni?"

Ada yang pernah dengar tentang Public Gold, dan ada juga yang baru pertama kali dengar nama Public Gold. Malah ada juga yang trauma mendegar perkataan 'Gold' kerana peristiwa lampau mereka. Terus terang saya katakan, membeli emas atau melabur emas bersama Public Gold adalah selamat.

(Public Gold HQ, Pulau Pinang)
Public Gold ialah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan jual beli emas dan perak. Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato' Wira Louis Ng. Nama Public Gold diambil kerana Dato' Wira Louis Ng berpendapat bahawa setiap masyarakat awam sepatutnya diberi peluang untuk membeli dan menyimpan emas. 

Ibu pejabat Public Gold terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Emas-emas Public Gold pula dibuat di Nadir Metal Refinery, Turki. Emas-emas keluaran Public Gold telah mendapat pengiktirafan London Bullion Market Assosiation (LBMA) dan ketulenannya telah disahkan oleh 'Certified Assayer'. Selain itu, emas Public Gold (LBMA) juga bebas GST dan baru-baru ini urusan jual beli emas Public Gold telah disahkan menepati syariah.

(Sijil Pengesahan Syariah Compliance)
Public Gold mengamalkan konsep beli emas dapat emas, jual emas dapat duit. Mudah dan selamat. Di Public Gold tiada istilah emas maya atau emas di atas kertas kerana semuanya ialah emas fizikal. Sama seperti di kedai-kedai emas, emas yang anda beli anda bawa balik dan simpan.

Emas-emas Public Gold adalah dalam bentuk jongkong, koin dan barang kemas. Emas yang dijual adalah berketulenan 99.9% (24k). Emas berketulenan 91.6% (22k) juga boleh didapati dalam bentuk koin Dinar. Emas-emas jongkong Public Gold boleh didapati pada berat 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, dan 1000g iaitu 1kg. Emas koin Public Gold pula terdiri daripada 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar. 

Untuk barang kemas, Public Gold menjual siri Aurora yang terdiri daripada 'bangle', 'bracelet' dan 'charms'. Untuk melihat sendiri atau membeli siri Aurora ini, anda boleh pergi ke cawangan Public Gold yang berhampiran atau layari laman web ini.

(Aurora Series)
Untuk pembelian emas Public Gold, anda boleh gunakan beberapa cara.

1. Membeli terus di cawangan Public Gold
  • anda ke cawangan Public Gold, pilih emas yang anda mahu, bayar dan bawa balik emas anda
2. Membeli menerusi laman web Public Gold www.publicgold.com.my
  • anda layari laman web Public Gold dan buat tempahan emas yang anda mahukan
  • kemudian buat bayaran secara online atau bank-in
  • untuk mengambil emas anda, anda perlu ke cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda
3. Membeli melalui Akaun Emas (Gold Accumulation Program - GAP)
  • anda kumpul emas anda di dalam akaun GAP terlebih dahulu
  • jika ingin membuat pengeluaran, anda pergi ke cawangan Public Gold yang berhampiran dan keluarkan emas fizikal daripada akaun anda
  • akaun GAP bersama anak-anak (berumur di bawah 18 tahun) juga disediakan
Alhamdulillah sekarang anda sudah tahu apa itu Public Gold dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Ambil langkah seterusnya iaitu membeli dan menyimpan emas bersama Public Gold. Hubungi saya, saya bantu anda.

Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Iceland & Finland

Bismillahirrahmanirrahim

Jom jadi Public Gold Authorised Dealer. Banyak kelebihan. Tak rugi.

(SIP di Iceland & Finland)
Jom la jadi Dealer kalau nak pergi Iceland & Finland ni. Nak jadi Dealer mudah, lagi-lagi dengan promosi menjadi Dealer untuk bulan Februari ni. Dah tahu promosi jadi Dealer bulan Februari? Kalau belum tahu, boleh klik sini.

Lagi nak tahu apa kelebihan jadi Dealer ni? Cuba klik sini.


Untuk pertanyaan, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Tuesday, 7 February 2017

Bagaimana Mengira Harga Emas Dalam Ringgit Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Jika anda selalu semak harga emas dunia di laman web seperti www.kitco.com, pasti anda biasa lihat emas disukat di dalam Ounces/Auns, (oz). Dan mata wang yang digunakan pula ialah US Dollar (USD). Pasti sukar bagi anda untuk mengira berapakah harga emas dalam Ringgit Malaysia (RM).

Berapa berat 1 auns dalam gram?
Bagaimana mengira harga emas 1g dalam Ringgit Malaysia (RM)?

1 auns adalah bersamaan dengan 28.35 gram.

(harga emas dunia dapat dilihat di laman web Kitco)

Daripada gambar di atas, harga 1 auns emas hari ini ialah 1231USD. Bermakna, harga untuk 1 gram emas ialah 1231/28.35 iaitu 43.42USD per gram. Namun, berapa pula harganya dalam Ringgit Malaysia (RM)?

Hari ini 7 Februari 2017, nilai tukaran 1USD ialah bersamaan dengan RM4.44. Jadi untuk mengira harga emas 1 gram hari ini dalam Ringgit Malaysia, anda hanya perlu darabkan nilai harga emas dengan nilai tukaran ini.
  • 1 gram emas (USD) = 43.42
  • Nilai tukaran USD kepada RM = 4.44
  • 43.42 x 4.44 = RM192.78 per gram
Sekarang anda boleh semak harga emas di laman-laman web yang menggunakan sukatan Auns untuk emas. Anda hanya perlu tukarkan Auns kepada gram, kemudian tukarkan pula harganya USD kepada Ringgit Malaysia (RM).

Namun, ada juga laman web yang anda boleh semak untuk mendapatkan terus harga emas dalam sukatan gram dan Ringgit Malaysia. Salah satunya ialah di laman web goldprice.org. Anda boleh klik dan pilih terus pada gram, serta Ringgit Malaysia (RM).

Diharap info ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat pembaca semua.


Azizi Akramin bin Bakri | 016-5722206
Public Gold Authorised Dealer | PG00075369

Monday, 6 February 2017

Kenapa Simpanan Saya Tidak Bertambah

Bismillahirrahmanirrahim

Simpanan. Tidak dapat tidak, memang harus ada. Antara kegunaan simpanan ialah:
  1. kecemasan
  2. membeli rumah
  3. berkahwin
  4. pendidikan anak-anak
  5. melancong
Terdapat pelbagai jenis simpanan yang selama ini kita guna. Ada yang guna hanya satu kaedah menyimpan, ada yang menyimpan di beberapa tempat berbeza. Antara jenis simpanan yang popular dalam masyarakat kita ialah:
  1. simpanan di bank
  2. simpanan di Tabung Haji
  3. simpanan di ASB
  4. simpanan dalam SSPN
  5. simpanan emas
(simpanan emas untuk masa depan anak anda)


Alhamdulillah, kini kebanyakan masyarakat kita memang sudah mempunyai kesedaran untuk menyimpan. Tapi, ramai di antara kita yang simpanannya gagal atau hanya separuh jalan. Mereka menyimpan, namun dalam masa yang sama duit simpanan mereka tidak juga bertambah walaupun bertahun-tahun.

Sebab apa?

Sebab cara kita meyimpan kurang berkesan. Selalunya kita mengamalkan konsep, "belanja dulu ada lebih simpan". Cara ini kurang berkesan kerana kita selalunya mengharapkan ada lebihan duit untuk jadi simpanan. Tapi kebanyakan masa, duit kita cukup-cukup sampai gaji seterusnya dan tidak ada pun lebihan duit untuk simpanan. Lebih malang lagi bila duit kita dah habis di tengah bulan, jadi kita terpaksa korek simpanan untuk terus bertahan sampai gaji seterusnya.

Bagaimana cara yang lebih baik untuk menyimpan?

"Simpan dulu kemudian belanja". Setiap kali terima gaji, asingkan terus sebahagian gaji untuk dijadikan simpanan. Buat 'Forced Saving' seperti ini. Kemudian yang selebihnya anda gunakan untuk bayar komitmen-komitmen dan belanja harian. Rancang kewangan anda sebaiknya. Macam ni, anda tak perlu risau jika tiada duit lebihan belanja sebab anda dah mempunyai simpanan sejurus terima gaji. Kalau ada lebihan duit belanja, Alhamdulillah boleh ditambah dalam simpanan.

(simpanan terbaik ialah menyimpan emas)


Membuat 'Forced Saving' dengan emas, bagaimana? Hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Sunday, 5 February 2017

Menjawab Persoalan Selama Ini Yang Menjadi Misteri Buat Anda

Bismillahirrahmanirrahim

Awal pagi tadi pukul 3 pagi sewaktu di ofis, ada seorang sahabat saya bertemu saya dan bertanyakan soalan yang dah lama beliau ingin nak tanya. Beliau sebenarnya dah lama berhasrat untuk menyimpan emas dalam Gold Accumulation Program (GAP). Alhamdulillah beliau berjaya untuk mengorak langkah pertama setelah lama memendam. Saya bantu beliau register akaun GAP ni pukul 4 pagi.

Tapi kalau anda nak tahu, sebelum beliau register akaun GAP ni, macam-macam soalan yang beliau tanya. Biasalah, langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri. Sebelum buat simpanan atau pelaburan, mesti ada ilmu tentang simpanan atau pelaburan yang bakal dibuat. Alhamdulillah saya boleh jawab dan berjaya meyakinkan beliau bahawa simpanan emas ni memang terbaik.

(jual semula emas untuk dapatkan duit)
Salah satu soalan beliau ialah:
Kepada siapa boleh jual emas ni nanti?

Jawapan saya:
  • Jual di Kedai Emas

Secara umumnya, emas boleh dijual di mana-mana. Kerana emas ialah satu logam yang berharga dan sentiasa mempunyai nilai. Malah jika anda ke luar negara melancong dan membawa emas bersama, anda boleh jual untuk dapatkan wang.

Emas Public Gold juga begitu. Anda boleh jual emas Public Gold dalam simpanan anda di kedai-kedai emas. Tetapi emas anda haruslah emas yang telah disahkan ketulenan dan mempunyai sijil. Jika emas yang tiada sijil biasanya kedai emas tidak akan ambil kerana bimbang ianya emas curi. Namun, jika anda berhasrat untuk menjual emas anda di kedai emas, nilai spread yang dikenakan agak tinggi. Kerana mereka ambil kira kos untuk meleburkan dan jadikan barang kemas yang baru.

  • Jual kepada Public Gold

Untuk memdapatkan untung yang maksima dan nilai spread yang rendah, anda boleh jual semula emas milik anda kepada Public Gold. Spread untuk emas Public Gold adalah dalam 6% hingga 9% sahaja daripada harga asal. Sama seperti kedai-kedai emas, pihak Public Gold tidak akan menerima emas yang tiada sijil.

Jika emas anda mempunyai kecacatan, calar atau seal telah tanggal, jangan risau. Bawa dan jual semula kepada Public Gold. Pihak Public Gold boleh leburkan semula emas tersebut dan dijadikan emas yang baru. Tetapi nilai spread adalah agak tinggi daripada biasa kerana kos baikpulih emas yang mempunyai kecacatan.

Selain itu, pihak Public Gold juga jamin akan beli semula emas anda walaupun dalam skala yang besar. Contohnya anda hendak menjual emas milik anda seberat 1kg, pihak Public Gold pasti akan membeli semula emas tersebut setelah ditolak nilai spreadnya.

  • Jual kepada Dealer

Selain daripada kedai emas dan Public Gold, anda juga boleh jual emas milik anda kepada Dealer Public Gold. Para Dealer selalunya akan beli emas anda untuk diijadikan stok simpanan mereka. Jika anda jual kepada Dealer, anda akan dapat duit anda serta merta. Mudah jika anda amat perlukan duit ketika itu.

  • Jual kepada Pengumpul Koleksi
Sama seperti Dealer, para pengumpul koleksi emas juga selalunya akan beli emas anda untuk dijadikan koleksi simpanan mereka. Malah jika anda mempunyai emas yang 'rare', mereka juga sanggup untuk menawarkan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Biasanya emas yang 'rare' ini ialah emas yang sudah berhenti pengeluarannya atau emas yang mempunyai nombor siri menarik.

Jadi, anda tak perlu risau lagi jika nak jual semula emas anda. Sebab banyak pihak yang pasti akan beli emas anda. Jangan tunggu lagi, buka akaun GAP anda hari ini.
(akaun simpan dan kumpul emas)
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Saturday, 4 February 2017

Mana Lebih Mudah? Anda Tentukan

Bismillahirrahmanirrahim

Jika ada cara mudah untuk dapatkan sesuatu, mesti semua orang nak. Mudah bererti boleh jimatkan masa, tenaga, kos dan banyak lagi lah.

2 Cara Mudah Beli Emas Public Gold

(harga emas Public Gold hari ini 5 Februari 2017)

Untuk membeli dan menyimpan emas Public Gold, ada dua cara mudah yang saya ingin kongsikan kepada anda. 

1. Membeli terus emas fizikal
  • anda place order di laman web Public Gold www.publicgold.com.my
  • buat bayaran - boleh pilih untuk buat 'Full Payment' ataupun guna Easy Payment Purchase (EPP)
  • selesai bayaran, bawa resit bayaran ke cawangan Public Gold dan ambil emas anda


ATAU

  • anda boleh beli daripada Dealer Public Gold
  • bayar terus dapat emas


2. Membeli emas melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)
  • kumpul emas anda dalam akaun GAP
  • untuk mengeluarkan emas daripada akaun, anda pergi ke cawangan Public Gold
  • bayar caj premium mengikut berat emas yang ingin anda keluarkan dan bawa balik emas anda


Terpulang kepada masing-masing bagaimana cara anda hendak membeli emas. Guna cara yang sesuai dan mudah untuk anda. Jika anda rasa cara membeli terus emas fizikal lebih susah, guna cara menyimpan dalam akaun GAP. Takut-takut kalau pilih cara yang susah, susah pulak bagi anda nak menyimpan emas.

Untuk saya, saya guna cara beli dan simpan dalam akaun GAP sebab saya berada jauh dari cawangan Public God. In shaa Allah genap jumlah emas 10g dalam akaun, saya akan ke cawangan Public Gold di Kuching dan keluarkan emas daripada akaun. Alang-alang dah ada kemudahan ni, manfaatkan sebaik mungkin.

Nak tahu apa itu EPP? Klik Sini
Nak tahu apa itu GAP? Klik Sini



Dah tahu cara mudah beli emas, jom ramai-ramai beli dan simpan emas.

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Friday, 3 February 2017

2 Masa Terbaik Membeli Emas

Bismillahirrahmanirrahim

Tahukah anda bila 2 masa terbaik untuk membeli dan menyimpan emas? Jika anda beli emas pada 2 masa ini, anda akan nikmati hasil emas belian anda.

1. 10 tahun yang lepas
  • jika anda beli emas 10 tahun yang lepas, anda dapat lihat dan nikmati hasilnya hari ini
  • peningkatan harga emas lebih kurang sebanyak 142% dalam masa 10 tahun

(peningkatan harga emas dalam masa 10 tahun)

2. Sekarang
  • anda akan dapat lihat dan nikmati hasil emas anda 10 tahun akan datang
  • dijangka pada tahun 2020, harga per gram emas ialah melebihi RM500


Sepuluh tahun lepas harga emas jauh lebih murah daripada harga hari ini. 10 tahun akan datang pula harga emas mampu untuk jadi jauh lebih mahal daripada harga hari ini.

Jika anda terus menunggu untuk membeli emas ketika harga emas murah, anda tidak akan pernah membeli emas. Percayalah. Kerana sifat manusia begitu. Apabila harga rendah, ditunggu untuk turun lebih rendah lagi. Sudahnya harga jadi melambung tinggi.

Masa tunggu dan lihat sudah tamat. Sekarang masa untuk bertindak. Mula beli dan simpan emas hari ini.



Mulakan sekarang, hubungi saya.

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Thursday, 2 February 2017

Public Safe

Bismillahirrahmanirrahim

Masih tercari-cari tempat untuk menyimpan emas anda?

Berhenti mencari dan simpanlah di Public Safe. Di sini, anda boleh simpan apa sahaja harta kepunyaan anda dan tidak tertakluk hanya untuk penyimpanan emas.

Public Safe ditubuhkan oleh Public Gold Group untuk memudahkan pelanggan-pelanggan yang ingin meyimpan emas yang mereka beli dengan selamat. Dengan penubuhan Public Safe, para pelanggan mempunyai banyak pilihan tempat simpanan barangan berharga milik mereka selain simpanan sendiri atau simpanan di peti keselamatan di bank. 

Selain dipantau menggunakan CCTV dan pengawal 24 jam sehari, peti simpanan di Public Safe juga menepati standard kebangsaan. Malah peti-peti simpanan di sini juga kalis api dan kalis pecah masuk. Setiap simpanan di sini juga dilindungi oleh insurans. Sewa kotak simpanan yang dikenakan juga amat berpatutan. Rujuk jadual di bawah untuk harga sewaan dan insurans pelindungan.

(sumber dari laman web Public Safe)

Jangan peningkan kepala anda untuk mencari tempat simpanan yang lain lagi. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Laman Web Rasmi Public Safe.


Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206


Promosi Hebat Bulan Ini

Bismillahirrahmanirrahim

(promosi bulan Februari 2107)

Seperti bulan Januari yang lepas, pada bulan Februari ini juga terdapat promosi untuk menjadi Public Gold Authorised Dealer.

Promosi bulan Februari: Menjadi Dealaer dengan Pembelian Emas 100g (boleh dibayar menggunakan EPP)

Pada waktu biasa yang tiada promosi, anda harus membuat pembelian emas bernilai RM30k di dalam satu resit untuk menjadi seorang Dealer. Tetapi dengan promosi kali ini, anda bakal menjadi seorang Dealer dengan hanya bermodal di bawah RM2k.

Ya, menjadi Dealer dengan modal di bawah RM2k. Bagaimana?
  1. Pergi / telefon ke cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda.
  2. Nyatakan hasrat anda untuk menjadi Dealer dengan pembelian emas 100g dan pembayaran menggunakan Easy Payment Purchase (EPP) selama 10 bulan.
  3. Pihak Public Gold akan membuat draft jadual pembayaran untuk emas 100g anda,
  4. Transfer jumlah untuk bulan pertama dalam jadual pembayaran tersebut (harga emas termasuk admin fee dan gold premium) dan simpan resit / screenshot bukti pembayaran.
  5. Berikan maklumat-maklumat diri anda kepada pihak Public Gold beserta dengan bukti pembayaran.
  6. Dalam masa tidak lebih daripada 48 jam, pihak Public Gold akan menghantar email kepada anda tentang status Dealer anda.
  7. Buat pembayaran seterusnya mengikut jumlah dan masa yang telah ditetapkan dalam jadual pembayaran EPP anda.
  8. Anda boleh ambil emas 100g anda di cawangan Public Gold setelah pembayaran EPP selesai.
Mudah bukan? Menjadi Dealer dengan pembayaran pertama EPP yang modalnya di bawah RM2k.


Hubungi saya, saya bantu anda.

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206


Wednesday, 1 February 2017

Jangan Beli, Ini Sebabnya

Bismillahirrahmanirrahim

Jangan beli emas.

Anda terkejut? Anda tahu kenapa saya cakap jangan beli emas? 

Kerana minda manusia ni kebanyakan masa hanya berfikir satu cara sahaja. Mentor saya pernah cakap, minda manusia ni kita kena main 'Reverse Psychology'. Contoh nya dalam "52 Weeks Challenge", dia syorkan untuk mula dengan jumlah yang besar terlebih dahulu kemudian ke jumlah yang kecil. Sebab bila dah semakin besar jumlah, semakin tersepit kita rasa. Tetapi jika bermula dengan jumlah besar, kita akan rasa sebaliknya. 

Anda nak tahu apa itu "52 Weeks Challenge"? Klik link ini : Azam Ayah Aisya

Bila sebut "BELI", biasanya kita akan fikir duit kita akan berkurang sebab digunakan untuk membeli sesuatu. Kerana minda kita sudah terbiasa bila membeli, duit keluar, kekayaan kita jadi berkurang.

Sebab itu saya katakan kepada anda, jangan beli emas. Tapi, simpan emas. Bagaimana nak simpan kalau tak beli emas? Anda rasa bagaimana?

Oleh kerana minda kita sudah terbiasa dengan fakta bahawa perkataan "BELI" akan mengurangkan kekayaan kita, maka saya syorkan kepada anda untuk gantikan perkataan tersebut dengan "TUKAR". Kerana sebenarnya kita bukan beli emas, tapi kita tukarkan duit ke dalam bentuk emas untuk dijadikan simpanan.

(harga emas 1 Februari 2017)

"RM18423 ni aku nak TUKAR emas 100g"

Bila anda sebut begini, secara automatik minda anda akan fikir bahawa duit anda tidak berkurang. Cuma anda tukarkan duit anda itu ke dalam bentuk emas. Kekayaan anda masih kekal.

Jadi, jangan BELI emas, tapi TUKAR duit anda ke dalam bentuk emas dan simpan.

(promosi untuk bulan Februari 2017)


Ingin jadi Public Gold Authorised Dealer? Hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206