Tuesday, 31 January 2017

Mudah, Cepat dan Tepat

Bismillahirrahmanirrahim

"Harga emas PG hari ini berapa bro?"

Soalan biasa yang saya terima dalam Whatsapp. Malah kadang-kadang ketika bersembang waktu makan pun ada yang bertanya soalan yang sama.

Kadang-kadang saya tak sempat nak semak harga semasa emas Public Gold. Biasalah sebab tuntutan kerja dan ada juga komitmen lain. Jadi saya nak kongsikan kepada anda macam mana nak semak harga emas Public Gold dengan mudah.

1. Semak di lamak web

Untuk semak harga emas semasa, anda boleh rujuk di laman web rasmi Public Gold. Dalam laman web ni anda boleh semak harga untuk setiap berat emas yang berbeza. Nak tambah simpanan Gold Accumulation Program (GAP) pun anda boleh semak kat sini.

Selain harga emas, anda juga boleh semak harga untuk perak Public Gold. Mana tau ada yang tertarik nak menyimpan perak.

(Laman Web Rasmi Public Gold)

Klik link ini untuk semak harga emas hari ini:

2. Semak dalam applikasi Public Gold di telefon pintar

Untuk pengetahuan anda, Public Gold ada melancarkan satu applikasi untuk telefon-telefon pintar. Anda boleh muat turun applikasi ini daripada "App Store" untuk telefon pintar produk Apple, atau daripada "Play Store" untuk telefon pintar produk Android.

(applikasi Public Gold)

Tapi untuk menggunakan applikasi ini, anda harus mendaftar sebagai pelanggan Public Gold terlebih dahulu. Kerana ia mesti diakses menggunakan PG ID dan Password.

Senang kan? Lepas ni kalau saya lambat jawab soalan anda, anda boleh semak sendiri harga emas semasa. Takut-takut kalau saya terlambat jawab soalan anda, harga dah naik tinggi.


Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Monday, 30 January 2017

Sebelum dan Selepas, Tetap Sama

Bismillahirrahmanirrahim

Anda nak banyak emas tak? Saya pun nak. Semua orang nak.

Macam mana nak ada banyak emas? Mudah! Ikut cara mereka yang mempunyai banyak emas. Bukan ikut gaya hidup mereka. Ikut cara mereka sebelum mempunyai banyak emas dan bagaimana mereka mengekalkan kekayaan emas tersebut.

Langkah mereka yang mempunyai banyak emas SEBELUM ada banyak emas:
Menyimpan / Menabung

Tak ada orang dalam dunia ni yang hari ini tak ada emas, esok tiba-tiba dah ada 6kg emas (hari ini 6kg emas bernilai lebih RM1juta tau). Memang tak ada. Lainlah kalau mewarisi peninggalan harta orang lain. Itu memang masuk akal. Tapi kalau terjadi dengan sendiri secara tiba-tiba, memang tak ada.

Orang yang kaya emas ni pun sama, mereka bukan tiba-tiba mempunyai emas yang banyak. Mereka bermula dengan simpanan kecil-kecilan. Dari simpanan yang kecil, akhirnya jadi banyak.

Caranya:
Anda beli dan simpan 1gram sebulan dulu.
Nanti bila dah stabil, naik pangkat atau kenaikan gaji, anda boleh tambah simpanan 2gram sebulan.
Kemudian naik lagi pangkat dan kenaikan gaji, anda simpan pulak 1 Dinar sebulan.
Begitulah seterusnya dan akhirnya simpanan emas jadi banyak.

Tak mungkin selama anda bekerja tak ada kenaikan pangkat atau gaji, betul? Kalaupun betul tak ada, anda boleh ikhtiar buat dua kerja. Kerana apa? Kerana kepentingan simpanan emas. Bukan setakat menyimpan untuk menjadi orang kaya emas, namun juga untuk simpanan kecemasan. Kalau anda memerlukan wang, boleh jual atau pajak emas tersebut.

Langkah mereka yang mempunyai banyak emas SELEPAS ada banyak emas:
Menyimpan / Menabung

Anda tak percaya? Anda cuba tanya kepada mereka yang dah ada banyak emas, saya yakin dan percaya ini juga jawapan mereka.

Inilah cara mereka mengekalkan malah menambah kekayaan emas mereka. Tak mungkin mereka akan gunakan simpanan emas mereka sesuka hati jika tiada keperluan. Anda fikir logik, siapa sanggup mengambil masa yang lama simpan emas hanyalah untuk digunakan degan sesuka hati? Tak ada siapa sanggup.

Simpanlah emas. Bermula dengan yang mampu dulu. 1gram sebulan. Jadikan simpanan ini sebagai simpanan tetap setiap bulan. Disiplinkan diri anda. Bila dah simpan emas, lupakan. Kalau anda asyik fikir, nanti stress sendiri ("bila nak banyak emas ni, bila nak banyak emas ni").

(1kg!! one fine day, In shaa Allah)


1gram/month Challenge, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Sunday, 29 January 2017

Risiko Yang Berbaloi

Bismillahirrahmanirrahim

"Mahu tapi takut" - kata-kata Allahyarham Tok Nan dalam salah satu ucapannya ketika masih hidup dan menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Risiko yang berbaloi di ambil malah menguntungkan. Apa dia? Beli emas lah.

Bila bercakap tentang membeli emas, semua takut. Mana tidaknya, minda kita dah terasuh dari kecil dengan bermacam risiko tentang membeli emas. Tidak lain dan tidak bukan kerana emas adalah satu benda yang amat bernilai. Tanyalah siapa pun, dari yang kecil hinggalah ke yang dewasa semuanya maklum betapa bernilainya emas.

Antara risiko yang ramai antara kita risaukan ialah takut kena tipu. Banyak yang kita baca perkongsian di Facebook dan di surat khabar tentang penipuan dalam jual beli emas. Tidak hairanlah ramai yang berfikir panjang bila hendak membeli emas.

Tahukah anda?
dengan membeli emas Public Gold, anda tidak perlu risau tentang risiko ditipu. Sebabnya Public Gold mengamalkan konsep beli emas dapat emas. Sama macam anda beli emas di kedai emas. Bayar harga emas dan anda bawa pulang emas tersebut. Bukannya emas sekadar di atas kertas atau emas maya. Jadi, risiko ditipu tak akan ada.

Bagaimana dengan akaun Gold Accumulation Program (GAP)?
GAP ialah akaun simpanan emas yang disediakan oleh Public Gold untuk memudahkan anda membeli dan mengumpul emas. Akaun ini sama seperti akaun anda di bank. Jika di bank, anda rasa nak keluarkan wang, anda ke bank dan keluarkan wang anda. Samalah seperti akaun GAP, anda rasa nak keluarkan emas, anda ke cawangan Public Gold dan keluarkanlah emas anda. Sebab GAP disokong sepenuhnya oleh emas fizikal. Jadi emas tersebut nyata wujud dan bukan sekadar nombor di dalam penyata akaun.

(emas-emas yang saya keluarkan dari akaun GAP untuk koleksi)

Jadi, betul ke memang tidak ada risiko bila membeli emas?
Risiko sebenar datang setelah emas berada di tangan kita. Apa risikonya? Risikonya ialah EMAS HILANG. Emas hilang tidak lain dan tidak bukan ialah disebabkan kecuaian anda sendiri. Kalau simpan dengan elok, emas anda tak akan hilang.

Penyelesaiannya?
Kalau takut emas hilang, jangan beli dan simpan emas. Seperti kata pepatah "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Tapi anda akan terlepas keindahan pantai dan kenyamanan bayu dari laut. Begitulah juga membeli dan menyimpan emas. Anda akan terlepas semua kebaikan emas jika tidak mengambil risiko itu.

Tapi jika anda tidak simpan emas segera tetapi sebaliknya menyimpan wang, risikonya lagi besar. Risikonya wang dalam simpanan anda akan dihakis nilai oleh inflasi. Pilihan di tangan anda.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Emas Public Gold lebih banyak kebaikan daripada risiko.

p/s: saya tahu cara rahsia simpan emas dengan selamat, nak tahu PM ye.


Bila anda dah buat pilihan tepat, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Saturday, 28 January 2017

Buat Anak-anak Lebih Sayang Kepada Anda Dengan 3 Cara Ini

Bismillahirrahmanirrahim

Bagaimana anak-anak boleh jadi lebih sayang kepada anda?

Saya kongsikan 3 cara mudah yang anda boleh prkatikkan supaya anak-anak menjadi semakin sayang kepada anda. Semuanya dengan emas.

(sayang ayah sangat-sangat)

Emas bukan sahaja untuk menarik hati si ibu, malah anak-anak juga. Begini:

1. Buka akaun emas bersama anak dengan Gold Accumulation Program (GAP)

Dengan simpanan emas bersama anak, ia adalah pelaburan untuk masa depan anak anda. Setelah berumur 18 tahun, akaun tersebut akan jadi milik mereka.

Setelah tamat sekolah, wang untuk melanjutkan pelajaran tidak menjadi masalah sekiranya anda telah memulakan tabungan emas untuk anak dari awal lagi. Malah jika anak anda mendapat biasiswa, wang hasil tabungan emas itu boleh digunakan untuk perbelanjaan lain si anak.

2. Hadiahkan emas semasa ulangtahun kelahiran anak-anak

Anda sukakan emas bukan? Lumrah naluri manusia yang suka kepada emas. Begitu juga dengan anak-anak. Jadikan emas sebagai hadiah wajib setiap kali anak-anak anda menyambut hari lahir di samping hadiah-hadiah yang lain.

Cara ini telah dipraktikkan oleh mentor saya dan isterinya untuk mendidik anak mereka tentang kepentingan emas dan kepentingan menabung. Mereka menghadiahkan 1 Dinar kepada anak mereka yang menyambut hari lahir. Cara ini juga akan saya pakai untuk anak-anak saya nanti.

Selain menabung dalam Gold Accumulation Program, dengan cara ini secara tidak langsung anda juga menabung untuk masa depan anak anda. Genap 18 tahun, sudah ada 18 Dinar untuk anak anda.

3. Bawa anak-anak bercuti dengan emas

Simpan emas untuk digunakan membawa keluarga anda pergi bercuti. Tidak dinafikan dengan percutian, boleh membuatkan anak-anak semakin sayang kepada anda. Selain sekadar bermain dan mencuci mata semasa bercuti, dengan cara ini anda boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan bersama anak-anak anda.

Tentukan anda hendak simpan berapa gram emas untuk tujuan melancong. Apabila sudah cukup tabungan, tukarkan ke dalam bentuk wang. Cara ini lebih selamat daripada anda menyimpan duit kertas yang terkesan dengan inflasi.

Sekiranya harga emas melambung tinggi setibanya waktu untuk anda pergi bercuti, anda menjadi lebih untung. Boleh belanja lebih sewaktu bercuti.

Dengan 3 cara ini saya yakin anak-anak akan lebih menyayangi anda.

Jom menabung untuk anak, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Friday, 27 January 2017

Dengan Hanya Satu Langkah Mudah, Anda Mampu Berjaya!

Bismillahirrahmanirrahim

Tahniah! Anda sudah berjaya.

Bangga kan bila ada orang ucapkan tahniah kepada anda. Alhamdulillah.

Kalau baca tajuk artikel ni, anda pasti akan kata saya membongak. Hanya satu langkah untuk berjaya? Ya! Hanya satu langkah.

Untuk pengetahuan sahabat pembaca, saya juga masih dalam proses untuk berjaya. Jadi saya amalkan satu langkah ini untuk mencapai cita-cita saya untuk berjaya. Nak tahu apa langkahnya?

"COPY-PASTE-LEARN"

Mudah bukan? Sebenarnya saya dapat tips ni setelah baca satu artikel (maaf saya lupa tajuk artikel tersebut).

Dalam artikel tu ada tulis bagaimana untuk berjaya hanya dengan satu langkah mudah, iaitu kita hanya perlu Copy-Paste-Learn. Anda pasti selalu dengar "Watch and Learn" kan?


Bagaimana? Izinkan saya kongsi apa yang saya baca:

1. Copy

  • Saya pasti anda mempunyai seorang tokoh atau role model yang anda ingin jadi seperti mereka
  • Lihat dan perhatikan apa yang mereka lakukan
  • Amati gaya hidup mereka, cara berpakaian, cara bercakap, dengan siapa bergaul dan sebagainya

2. Paste

  • Aplikasikan apa yang anda lihat mengenai role model anda pada diri sendiri
  • Ikut cara mereka yang membuatkan mereka berjaya dalam hidup
  • Ambil contoh mudah dalam bidang bisnes, anda boleh ikut cara mereka berurusan, melayan client, mengawal kewangan dan sebagainya

3. Learn

  • Setelah anda "Watch and Learn" sesuatu daripada tokoh atau role model anda, pelajari bagaimana ciri-ciri itu dapat membawa mereka berjaya
  • Dengan mempelajari ciri-ciri itu barulah anda faham mengapa mereka melakukan perkara demikian
  • Dan apabila anda faham, maka anda akan jadi terus bersemangat untuk turut mengamalkan apa yang mereka amalkan
  • Malah kalau anda dah faham, anda boleh "improvise" apa yang anda pelajari untuk disesuaikan dalam kehidupan anda
  • Kalau tak faham jugak, anda tanyalah terus kepada role model anda tu. Zaman sekarang dah canggih, boleh "PM" terus je kat Facebook

Mudah bukan? Anda hanya perlu lihat, ikut, dan belajar. Sebab itu jugalah kalau anda lihat anak-anak kita banyak persamaan dengan diri kita atau pasangan kita. Kerana mereka dari kecil lagi melihat dan ikut perbuatan kita.

Sebab tu kalau nak buat benda tak elok, jangan depan anak-anak. Bukanlah saya nak menyokong perbuatan anda tu, tapi demi anak-anak anda jugak.

Di awal artikel saya ada mengucapkan tahniah kepada anda. Kerana anda mempunyai naluri untuk berjaya.

Tahniah! Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya membaca sampai ke hujung artikel ini.

Semoga kita semua berjaya dalam apa jua yang kita lakukan.


Azizi Akramin bin Bakri

Thursday, 26 January 2017

Menyimpan Perak

Bismillahirrahmanirrahim

Selain emas, perak juga satu logam hasil bumi yang mempunyai nilai yang tinggi. Sifatnya yang tidak ubah seperti emas menjadikannya sebagai logam ini bernilai. Sejak dari ribuan tahun yang lampau, perak turut dipilih sebagai mata wang dan juga untuk banyak lagi kegunaan lain. 

1. Perak sebagai wang
  • Seperti yang kita dapat lihat dan belajar dari zaman peradaban manusia lampau, perak adalah salah satu mata wang yang digunakan dalam kehidupan seharian.
  • Sepertimana emas yang dikenali dengan nama Dinar, perak pula dikenali dengan nama Dirham.
2. Perak sebagai barang perhiasan
  • Selain emas, perak juga banyak dijadikan barang perhiasan.
  • Selain harganya yang lebih murah dari emas, sifatnya yang berkilau mampu memikat hati orang yang memandang.
3. Perak dalam industri
  • Hari ini, walaupun bukan digunakan sebagai mata wang yang utama, perak banyak digunakan di dalam industri-industri.
  • Antaranya dijadikan peralatan makan minum, pengalir arus elektrik, medal hadiah dan pernghargaan, dan tidak kurang juga dalam bidang perubatan.
Di Public Gold, selain menjalankan perkhidmatan jual beli emas, jual beli perak turut ada disediakan. Harganya yang lebih murah daripada emas menjadikan perak sebagai salah satu aset yang amat mudah untuk dibeli dan dimiliki. 

Untuk membeli perak, anda boleh membeli terus perak fizikal atau membeli menerusi Silver Accumulation Program (SAP). Bezanya ialah, menerusi SAP anda perlu ke cawangan Public Gold yang berhampiran untuk membuat pengeluaran.

(harga perak 26 Januari 2017)

Sama seperti Gold Accumulation Program (GAP), SAP sangat mesra pengguna dan amat mudah untuk digunakan. Proses pembelian dan jual balik adalah sama seperti GAP.


Berminat? Jom simpan perak!

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Wednesday, 25 January 2017

Emas 10g Lebih Murah

Bismillahirrahmanirrahim

"Retail Price" untuk 1g emas LBMA ialah RM215. Namun anda boleh dapatkan 1g emas dengan harga yang lebih murah dengan Gold Accumulation Program (GAP). Hari ini harga untuk 1g emas GAP ialah RM188 dan setelah ditambah dengan caj premium, harga keseluruhan bagi 1g GAP ialah RM198. Murah bukan?

Jika saya katakan terdapat harga emas yang lebih murah daripada harga emas melalui akaun GAP (tambah premium charge), anda percaya tak?

(harga emas 25 Januari 2017)

Jika anda lihat gambar di atas, harga per gram untuk emas LBMA 10g ialah RM185.70. Harga ini lebih murah dari harga emas 1g akaun GAP. Jadi, membeli 10g emas gold bar LBMA adalah lebih murah dari membeli 10g melalui akaun GAP. Masih belum faham? Lihat contoh di bawah:
  1. 10g GAP:
    • RM188 x 10g + RM20 (caj premium Sabah dan Sarawak) = RM1900
  2. 10g LBMA Gold Bar
    • RM1857 + RM20 (caj premium Sabah dan Sarawak) = RM1877
Jelas? Dengan membeli terus emas fizikal 10g Gold Bar LBMA ini anda dapat jimat lebih RM20. Jadi, jika anda berkeinginan untuk membeli emas 10g, saya syorkan anda beli terus emas fizikal 10g. Tapi jika anda belum mempunyai modal untuk membeli emas fizikal 10g ini, anda boleh simpan di dalam akaun GAP dan keluarkan emas mengikut berat yang paling rendah caj premiumnya kelak. Kalau sudah namanya simpan emas, anda tidak akan sekali-kali rugi.



Hubungi saya untuk tempah emas LBMA 10g anda hari ini:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206


Tuesday, 24 January 2017

Emas Penyimpan Nilai Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim

Kenapa emas ialah penyimpan nilai terbaik?

Pernah tak kita baca atau dengar dalam satu hadis, Rasulullah telah menyuruh Urwah untuk membeli kambing dengan 1 Dinar. Namun Urwah berjaya untuk menawar harga dan membawa balik 2 ekor kambing dengan harga 1 Dinar. Lalu dalam perjalanan pulang, Urwah terjumpa dengan sorang yang ingin membeli seekor kambing yang dibawa Urwah. Urwah menjual seekor kambing kepada orang tersebut dengan harga 1 Dinar. Lalu kemudian Urwah pulang untuk berjumpa dengan Rasulullah dengan membawa seekor kambing dan 1 Dinar.

(1 Dinar)

Dalam hadis ini, dapat kita lihat bahawa harga untuk seekor kambing lebih 1400 tahun yang lepas ialah sekitar 1 Dinar.
* Rasulullah memberi 1 Dinar kepada Urwah untuk membeli kambing.
* Urwah menjual seekor kambing kepada orang lain dengan juga dengan harga 1 Dinar.

Hari ini, harga untuk seekor kambing ialah dalam lingkungan RM700 ke RM750. Harga ini lebih kurang bersamaan dengan nilai 1 Dinar masa kini iaitu RM720. Jadi, dapat kita simpulkan bahawa dengan emas, nilai seekor kambing masih sama seperti lebih 1400 tahun dahuli iaitu 1 Dinar.

(harga 1 Dinar hari ini)

Begitu juga dengan harga rumah. Sekitar 10 tahun lepas. Harga bagi rumah teres 2 tingkat ialah 3kg emas bersamaan dengan lebih kurang RM360k pada waktu itu. Hari ini, harga untuk rumah yang sama juga 3kg emas. Namun jika ditukar kepada ringgit, ia telah menjadi lebih kurang RM540k.

Jika hari ini kita hanya berbekalkan RM360k seperti 10 tehun lepas, kita takkan mampu untuk beli rumah itu. Namun jika kita ada 3kg sekarang, sudah tentu kita mampu membeli rumah tersebut.

Begitulah bagaimana emas dikatakan sebagai penyimpan nilai yang terbaik.



Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Monday, 23 January 2017

Easy Payment Purchase

Bismillahirrahmanirrahim

Ingin beli emas 1 Dinar tapi tak mampu untuk bayar sekaligus?

Usah risau, dengan adanya perkhidmatan Easy Payment Pucrchase (EPP) oleh Public Gold, proses membeli emas sekarang amat mudah. Melalui EPP, anda boleh kunci harga hari ini dan bayar selama 4 bulan. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah.


  • setelah log in ke akaun anda, pilih place order



  • pilih cawangan untuk anda ambil emas anda nanti



  • pilih produk yang anda ingin beli



  • tapi untuk menggunakan perkhidmatan EPP, produk yang anda ingin beli haruslah berharga di atas RM500

  • kemudian pilih samada beli untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain


  • jika beli untuk diri sendiri, maklumat anda akan dimasukkan secara automatik atau jika beli bagi pihak orang lain, masukkan maklumat-maklumat yang diminta
  • pilih Easy Payment Puchase (EPP)
  • seterusnya anda akan diperlihatkan summary order anda dan pelan bayaran selama 4 bulan
  • klik "Submit Order"

  • selepas "Submit Order" anda akan lihat invoice pembelian anda tadi
  • invoice yang sama juga akan dihantar ke email anda



  • bayaran pertama dibuat dalam masa 24 jam selepas anda "Submit Order"
  • simpan resit setiap pembayaran anda dalam bentuk PDF dan emailkan ke payment@publicgold.com.my

Untuk pembayaran, saya syorkan anda guna online transfer kerana:
  • menjimatkan masa
  • anda boleh simpan resit dalam bentuk PDF untuk rujukan
  • resit tidak pudar
Untuk mengambil emas yang sudah habis dibayar, bawa bersama Invoice anda dan salinan bukti pembayaran anda ke cawangan Public Gold yang anda pilih.



Untuk pertanyaan lanjut, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Sunday, 22 January 2017

10 Dinar

Bismillahirrahmanirrahim

Tadi pergi ‘ngeteh’ dengan kawan-kawan. Lama dah tak kumpul ramai-ramai. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja, bukan macam dulu memang setiap hari boleh jumpa. Ada pulak yang kerja jauh kat Miri, memang jarang lah nak jumpa. Ada peluang berjumpa, memang banyak cerita yang sembang.

Antara benda yang kami sembang ialah pasal nak pergi melancong. Ada yang cadang nak pergi Sepanyol, ada nak pergi Jepun, ada nak pergi Korea. Ada sorang kawan pulak nak kahwin tak lama lagi, bercadang nak pergi honeymoon kat Thailand.

Tak kisah nak pergi mana sekalipun, duit memang kena simpan dari awal. Kalau bulan depan nak pergi melancong, tapi sekarang baru nak simpan duit memang tak melancong lah jawabnya. Kalau ada yang yang sanggup jadi penaja takda masalah.

Jadi, dalam posting ni saya nak kongsikan salah satu tips untuk menabung bagi yang ingin pergi melancong atau honeymoon. Tips ni sesuai untuk mereka yang bercadang nak pergi melancong tahun depan atau lebih. Bermula awal, lebih banyak tabungan.

Bagaimana? Simpan dalam bentuk Emas!

Simpan 10 dinar untuk tujuan melancong. Banyak cara boleh simpan 10 dinar. Antaranya:
  • Beli terus 10 dinar
    • Sampai masa untuk melancong, tukar ke dalam bentuk tunai.
    • Harga emas naik banyak, boleh belanja lebih sewaktu melancong. 
  • Simpan 1 dinar 1 bulan
    • Jika nak pergi tahun pada hujung tahun contohnya, boleh simpan 1 dinar sebulan, mulai dari sekarang
    • Kena disiplinkan diri untuk buat tabungan 1 dinar setiap bulan. 
  • Gunakan Easy Payment Purchase (EPP) untuk simpan 10 dinar
    • Jika nak pergi melancong tahun depan contohnya, boleh guna cara ini.
    • 1 dinar bayar dalam masa 2 bulan.

Bagi sesiapa yang berhajat nak pergi menunaikan Umrah pun boleh guna cara di atas. Untuk pengetahuan semua, Public Gold juga ada menawarkan pakej umrah dari semasa ke semasa.

(10 Dinar to Umrah by Public Gold)


Jadi kalau ada sesiapa yang bercadang nak tunaikan Umrah lainkali, boleh simpan 10 dinar dari sekarang. Bila ada tawaran mengerjakan Umrah dari Public Gold, boleh terus daftarkan nama. Bersedia dari awal sebab penyertaan limited. In shaa Allah niat kita dah ada untuk menunaikan Umrah, akan dipermudah semua urusan.



Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Saturday, 21 January 2017

Jangan Gusar, Usah Bimbang

Bismillahirrahmanirrahim

(Public Gold by Dato Wira Louis Ng)

Masyarakat kita pada hari ini memang sudah sedar tentang kepentingan menyimpan emas. Ada yang sudah bermula, tapi masih ramai yang masih belum mengambil langkah pertama.

Bagi yang masih belum bermula, sebenarnya mereka memang mahu beli dan simpan emas untuk diri sendiri. Tidak kurang juga yang memikirkan simpanan emas untuk anak. Namun, ada sesuatu yang mengganggu fikiran mereka lantas niat untuk beli dan simpan emas terus dipendam.

Ini antara perkara yang mereka fikirkan sebelum membeli emas.

"Mahu beli dan simpan emas, TAPI....."

1. Modal x banyak

  • Public Gold perkenal Gold Accumulation Program (GAP)
  • Boleh simpan emas dalam jumlah sedikit dan serendah 1g


2. Takut kena tipu

  • Public Gold amal prinsip beli emas dapat emas, tiada istilah beli emas dapat kertas sahaja
  • Malah dari akaun GAP pun boleh keluarkan emas kalau mahu


3. Takut nak simpan sendiri

  • Simpanan dalam GAP tiada caj simpanan
  • Public Gold Public Safe (bilik kebal) pun ada kalau nak simpan


4. Tak tahu macam mana beli emas

  • Ada bimbingan dari Authorised Dealer Public Gold
  • Seminar bulanan pun ada diadakan di cawangan Public Gold oleh Master Dealer Public Gold


5. Patuh syariah atau tidak

  • Public Gold menjalankan aktiviti jual emas yang patuh syariah
  • Malah sijil patuh syariah turut dianugerahkan kepada Public Gold
(sijil patuh syariah yang dianugerahkan kepada Public Gold)



Proses simpan dan beli dan simpan emas sekarang amat mudah. Malah, semua orang mampu untuk membeli dan menyimpan emas walaupun berbekalkan modal kecil. Terima kasih kepada pengasas PG Dato Wira Louis Ng dan warga PG keseluruhannya yang selama ini banyak  membantu dan berusaha demi kemudahan masyarakat menyimpan emas.

Sekarang sudah tiba masa untuk anda pula membantu diri sendiri.

Diharap sharing ini dapat membantu melenyapkan kegusaran untuk membeli emas yang selama ini bermain dalam fikiran anda.


Hubungi saya, saya bantu anda:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206


Friday, 20 January 2017

Tanggungjawab Azam

Bismillahirrahmanirrahim

"Simpan dulu, baru belanja"

Dah tunaikan tanggungjawab untuk tabungan diri sendiri? Simpan satu gram setiap bulan. Paling bagus, masuk gaji terus tolak 1 gram masuk GAP. Ingat azam kita.


(1g dah selamat masuk GAP)

Saya dah jalankan tanggungjawab saya untuk azam tahun ini. Anda bagaimana?

p/s: better masuk hari ini, esok lusa harga naik boleh senyum sampai telinga!

#1gram1month #azam2017


Public Gold, YES!!

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Thursday, 19 January 2017

Gold Premium Charge

Bismillahirrahmanirrahim

(Caj Premium Emas Public Gold)

Caj Premium Emas ialah caj yang yang dikenakan kepada semua pembeli emas fizikal Public Gold. Public Gold mengenakan caj ini kerana kos pengangkutan penghantaran emas Public Gold dari Turki. Seperti yang semua sedia maklum, Nadir Metal Refinery di Turki ialah pengeluar utama emas Public Gold.

Harga yang ada lihat pada laman web Public Gold belum termasuk caj premium. Jika anda membeli emas fizikal dengan memesan secara online, caj premium ini hanya akan dimasukkan ke dalam resit bayaran anda setelah anda confirm order, sebelum membuat pembayaran. Jadi, jumlah yang anda masukkan ke dalam akaun Public Gold sudah termasuk dengan caj premium.

(harga yang dipamerkan belum ditambah dengan caj premium)

Berbeza dengan Gold Accumulation Program (GAP), caj premium ini hanya akan dikenakan sewaktu anda mengeluarkan emas anda daripada akaun. Semasa mengeluarkan emas dari akaun GAP di cawangan Public Gold, anda mesti membayar caj premium mengikut berat emas yang anda ingin keluarkan sebelum dibenarkan membawa pulang emas tersebut.

Untuk pengeluaran emas dari akaun GAP anda, saya syorkan anda mengeluarkan emas mengikut berat yang kurang caj premiumnya. Contohnya:

  • untuk mengeluarkan 5g dari akaun GAP, anda ada dua pilihan:
    • 1g x 5 keping ATAU 5g x 1 keping
  • untuk 1g x 5 keping (caj premium 1g untuk Sabah dan Sarawak = RM10)
    • RM10 x 5 = RM50
  • untuk 5g x 1 keping (caj premium 5g untuk Sabah dan Sarawak = RM10)
    • RM10 x 1 =RM10
  • caj premium untuk pengeluaran 5g x 1 keping adalah lebih murah
Jadi, anda harus bijak dalam membuat pilihan baik dalam membeli emas fizikal ataupun dengan pengeluaran melalui akaun GAP. Secara peribadi, bagi saya membeli emas melalui akaun GAP adalah lebih baik. Kumpul sehingga jumlah tertentu dan keluarkan emas anda dengan caj premium yang murah.



Untuk pertanyaan lanjut mengenai emas, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Save, Collect, Invest and Sell

Bismillahirrahmanirrahim

Bila bercakap pasal jual beli emas, sudah pasti ianya menguntungkan. Rata-rata orang yang membeli emas terbahagi kepada empat kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut terdiri daripada penyimpan, pelabur, peniaga, dan pengumpul koleksi emas. Tidak kisah anda dalam kumpulan yang mana, anda mampu untuk menjana keuntungan dengan cara tersendiri.

1. Penyimpan Emas
  • membeli emas dalam jumlah yang sedikit dan modal kecil
  • simpanan emas digunakan untuk merealisasikan matlamat jangka masa panjang
  • simpanan emas untuk dilupakan sehingga tempoh masa tertentu
  • simpanan emas juga boleh digunakan sewaktu kecemasan
  • keuntungan simpanan dalam jangka masa panjang yang pasti harga emas akan terus menaik dan terhindar dari inflasi berbanding simpanan duit kertas
(dengan GAP Account Public Gold anda boleh membeli emas dengan modal kecil)

2. Pelabur Emas
  • biasanya membeli dalam jumlah yang banyak dan bermodal besar
  • mengamalkan konsep beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi
  • mempunyai ilmu dalam menganalisa graf pasaran emas
  • boleh menjana keuntungan hasil pelaburan yang lumayan walaupun dalam jangka masa pendek

(graf harga emas dunia sentiasa menjadi rujukan pelabur)  

3. Peniaga Emas
  • mengaut keuntungan hasil dari jual beli emas
  • juga mengamalkan konsep beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi namun biasanya tidak menggunakan modal yang banyak
  • membeli emas yang mudah dijual semula seperti 1g, 5g, 10g, 1/2 dinar, dan 1 dinar
  • sentiasa untung walaupun harga emas naik, turun atau kekal
4. Pengumpul Koleksi Emas
  • membeli dan mengumpul emas dari pelbagai pengeluar, berat, tema dan nombor siri emas yang menarik
  • ada pembeli yang sanngup menawarkan harga yang tinggi bagi koleksi emas yang sudah berhenti pengeluarannya
  • pengumpul koleksi emas juga boleh menjual koleksi emas miliknya jika ingin menggunakan wang pada waktu kecemasan
(antara koleksi emas 1g milik saya)

Dapat kita lihat bahawa tidak ada istilah rugi bagi seorang pembeli emas. Harga emas yang sentiasa meningkat saban tahun amatlah menguntungkan setiap pembeli emas. Teruslah membeli emas dan selamatkan kekayaan anda dari dimamah inflasi.

Bagi anda yang baru hendak bermula membeli emas, syabas saya ucapkan kerana anda telah sedar akan kepentingan emas masa kini. Kenal pasti anda dalam kumpulan pembeli emas yang mana, dan saya akan bantu anda.


"In the absence of the gold standard, there is no way to protect savings from confoscation through inflation. There is no safe store of value." -Alan Greenspan-

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206


Tuesday, 17 January 2017

1kg Dream

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, aset yang paling mudah dan murah untuk dimiliki ialah emas. Dengan RM100 pun anda sudah boleh memiliki emas. Tidak hairanlah kita tengok ramai yang berlumba-lumba untuk simpan emas.

Bagi setiap penyimpan emas, sudah memang menjadi impian untuk memiliki 1kg emas satu hari nanti. Malah ada yang menjadikan 1kg emas sebagai impian sebelum bersara.

(satu hari nanti bukan lagi pegang untuk ambil aura, tapi untuk bawa pulang)

Pada tahun 2020, dijangkakan harga emas akan mencecah lebih RM500 per gram. Bayangkan jika anda sudah memiliki 2kg emas pada tahun 2020, anda sudah bergelar jutawan. Berbanding hari ini, anda perlu mengumpul sebanyak 6kg emas untuk bergelar jutawan.

Jadi, bagaimana kita hendak mencapai target 1kg emas?
Saya kongsikan 4 cara mendapatkan 1kg emas impian anda.

1. Beli terus 1kg

(harga emas Public Gold 18 Januari 2017)
  • Beli terus emas 1kg hari ini pada harga RM184,667
  • Cara ini sesuai untuk mereka yang sudah hampir bersara. Anda boleh keluarkan simpanan beserta dividen ASB dicampur dengan simpanan dalam akaun 2 KWSP, bolehlah anda membeli 1kg emas hari ini.
  • Bayangkan dalam masa 4 tahun iaitu pada tahun 2020, dengan 1kg emas anda telah untung 170% dari harga hari ini.


2. 1g 1bulan melalui GAP

(mengumpul emas modal kecil dengan GAP)
  • Cara ini amat mudah dilakukan dan sesuai untuk semua orang. Jika anda mengumpul emas 1g setiap bulan selama 84 tahun, anda akan berjaya mengumpul 1kg emas.
  • Lamanya 84 tahun? Anda boleh singkatkan tempoh itu dengan mengumpul lebih dari 1g setiap bulan seperti 2g atau 3g.
  • Malah jika anda mendapat bonus pada hujung tahun atau untung berniaga, anda boleh tukar bonus dan keuntungan tersebut ke bentuk emas. Jika bonus RM2000 boleh dapat emas 10g hari ini.


3. Melalui PG Mall

(platform terbaik untuk para peniaga merangkap penyimpan emas)
  • Mengumpul 1kg emas melalui PG Mall adalah amat mudah untuk  para peniaga. Anda hanya perlu ada 'Merchant Account' dan 'GAP Account'.
  • Anda hanya perlu pasarkan produk anda di PG Mall yang kini mempunyai 120,000 pelanggan sedia ada. Dengan urusniaga yang menggunakan emas iaitu Gold Coin (GC), setiap pembelian akan dkreditkan ke dalam akaun GAP anda. 
  • Dengan cara ini, pembeli anda yang akan mengumpulkan emas untuk anda.


4. Dealer Incentives
(menjadi Dealer Public Gold dan dapatkan insentif)
  • Bagi seorang Normal Dealer Public Gold, insentif yang diterima ialah 1% dari setiap pembelian customer. Jadi, tidak mustahil anda boleh mengumpul 1kg emas melalui insentif ini.
  • Bayangkan anda berjaya menarik 1000 orang pembeli, setiap seorang membeli 100g emas, anda sudah mempunyai 1kg emas dalam bentuk insentif.
  • Itu baru Normal Dealer. Cuba bayangkan anda menjadi Priority Dealer atau Master Dealer.

Mengumpul emas sehingga 1kg bukan suatu yang mustahil. Yang mustahilnya ialah apabila kita sekadar bermimpi tanpa mengambil tindakan. Bermulalah hari ini. Bukan untuk orang lain, untuk masa depan diri anda sendiri.



Jadikan mimpi anda kenyataan, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Susut Nilai

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak kita terfikir kenapa terdapat perbezaan antara PG Sell dan PG Buy? Apa yang membuatkan terdapatnya perbezaan ini?

Jika kita membeli emas dari Public Gold, kita akan rujuk kepada PG Sell. Manakala jika kita menjual emas kepada Public Gold, kita rujuk kepada PG Buy.

Perbezaan harga di antara nilai PG Sell dan PG Buy ini dipanggil Spread atau susut nilai. Susut nilai untuk setiap berat adalah berbeza.

(harga PG Sell dan PG Buy berbeza)

Susut nilai untuk gold bar dipengaruhi oleh administration fee sewaktu proses pembelian, jual balik dan repackaging oleh pihak Public Gold. Jika terdapat kerosakan yang teruk pada gold bar, pihak Public Gold terpaksa meleburkan emas tersebut dan membentuknya semula. Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui susut nilai bagi emas keluaran Public Gold.

(nilai Spread terbaru untuk emas Public Gold)

Selain dari gold bar, barang kemas di kedai-kedai emas juga mempunyai susut nilai. Sama seperti gold bar, susut nilai barang kemas banyak dipengaruhi oleh kos baik pulih barang kemas yang dijual semula dan kos untuk melebur dan membuat barang kemas baru jika emas yang dijual rosak teruk. Selain itu, susut nilai untuk barang kemas adalah lebih tinggi kerana pihak kedai emas terpaksa menanggung kerugian sementara menunggu pembeli baru.

Kesimpulannya, jadilah pembeli bijak dalam memilih emas. Bagi tujuan pelaburan, secara peribadi saya syorkan anda membeli emas gold bar keluaran Public Gold. Selain susut nilai yang rendah, pihak Public Gold juga akan tetap membeli emas anda jika anda ingin menjualnya semula.


Untuk pertanyaan pelaburan emas, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

Monday, 16 January 2017

Mee Jawa

Bismillahirrahmanirrahim

(Mee Jawa)

Kalau cakap pasal Mee Jawa, kat Sarawak ni memang popular. Dari Kuching sampai laa ke Lawas, semua orang tahu Mee Jawa. Kalau di semenanjung Malaysia, lebih kurang macam Mee Rebus cuma beza pada kuahnya.

Terdapat pelbagai versi Mee Jawa dan juga pelbagai cara untuk menyediakan Mee Jawa. Antaranya:
    • Mee Jawa Biasa
    • Mee Jawa Ayam
    • Mee Jawa Special (kalau di Bintulu selalunya ada disertakan satay)

Saya sememangnya seorang peminat Mee Jawa. Di Bintulu, tempat yang saya suka singgah untuk menikmati Mee Jawa ialah di Restoran Dapo Bonda. Restoran Dapo Bonda ada dua cawangan kat Bintulu. 
Cawangan yang pertama terletak di kawasan Parkcity Commerce Square tak jauh daripada Bank Islam dan Parkcity Mall. 
Cawangan yang kedua pula terletak di Medan Raya iaitu sebaris dengan Pasaraya Sing Kwong dan tak jauh dari Bintulu Medical Center.
Waktu beroperasi pula ialah seawal jam 7:30 pagi ke 11:00 malam.

(Restoran Dapo Bonda cawangan pertama terletak di hujung barisan kedai memudahkan pelanggan mencari parking)

Di Restoran Dapo Bonda, Mee Jawa yang saya suka order ialah Mee Jawa Kari Kambing. Mee Jawa Kari Kambing ialah Mee Jawa Biasa pada asalnya cuma kuahnya ialah kari kambing. Kuahnya yang lain daripada mee jawa lain yang terdapat di Bintulu membuatkan saya ketagih dengannya. Tapi Mee Jawa Kari Kambing ni mesti pergi pagi-pagi sebab dia cepat habis. Di petang hari yang tinggal cuma Mee Jawa Biasa dan Mee Jawa Ayam.

(Mee Jawa Kari Kambing terbaik!)

Selain Mee Jawa, makanan lain yang saya syorkan untuk order ialah Nasi Lemak Dapo Bonda, Tomyam dan Rojak Bonda. Untuk minuman pula saya kurang memilih cuma saya selalunya akan order Green Tea Lemon sejuk sebab saya memang seorang peminat Green Tea.

Jika anda berkelapangan dan kebetulan berkunjung ke Bintulu, bolehlah singgah di Restoran Dapo Bonda untuk makan. Bagi anda yang nak lepak dengan saya dan bercerita pasal emas pun boleh di restoran ini. Sambil makan, sambil cerita.


Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206




Kenali Emas Anda

Bismillahirrahmanirrahim


Ketulenan emas yang sebenar dinilai melalui karatnya. Kebanyakan emas di pasaran adalah emas 24karat dan 22karat. Bagi emas 24karat, nilai ketulenannya ialah 99.9%.

Bagaimana mengira ketulenan emas mengikut karat?


Bahagikan nilai karat dengan 24(99.9%) dan didarab dengan 100%. Setelah selesai, anda akan dapat nilai ketulenan emas anda.

Jadi, berapakah ketulenan untuk emas 22karat?


Untuk emas 22karat, nilai ketulenannya ialah 91.6%. Selain dari emas 24karat dan 22karat, terdapat juga emas yang mempunyai nilai karat lain di pasaran. Contohnya:
  • 21karat = 87.5%
  • 18karat = 75.0%
  • 14karat = 58.3%
Anda pasti tertanya-tanya, jika ketulenan emas itu hanya 91.6% apa pula yang selebihnya? Yang selebihnya ialah campuran logam lain seperti perak dan tembaga. Campuran inilah yang menghasilkan kebanyakan barangan kemas anda. Kerana, campuran emas dengan perak atau tembaga adalah lebih kuat dan tidak selembut emas berketulenan 99.9%.



Simpan emas dengan bijak.

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206


Sunday, 15 January 2017

Now or Never

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini harga untuk 1g GAP ialah RM186. Dijangkakan harga untuk 1g GAP hari esok akan naik kepada RM187. Biasanya harga untuk 1g GAP ialah lebih mahal sebanyak RM2 dr harga per gram 10g emas.

(dijangka harga untuk 1g GAP esok akan mahal RM2 dari harga per gram 10g emas (RM185.50) iaitu RM187)

Sebulan yang lepas iaitu pada 16 Disember 2016, harga untuk 1g GAP ialah RM175. Harga untuk 1g GAP ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6% dalam masa 30 hari.

(peningkatan harga untuk 1g GAP sebanyak RM11 dari sebulan yang lepas)

(setakat hari ini, purata harga untuk 1g GAP bagi bulan Januari 2017 ialah RM183)

Bagi bulan Januari ini, harga untuk 1g GAP berada di paras RM183 secara purata. Jika melihat kepada trend harga emas ini, dijangka harga untuk 1g GAP akan jauh lebih mahal pada masa akan datang malah mungkin menjangkau lebih dari RM200/g menjelang hujung tahun.

Jadi,
Bila masa yang terbaik untuk beli emas? Jawapannya ialah sekarang.
Tapi harga emas sekarang dah mahal, jadi bagaimana? Itu juga yang anda katakan sebulan yang lepas.

Jika anda masih menunggu untuk harga emas turun baru anda ingin beli emas, mungkin sampai bila-bila anda tidak akan membeli emas. Bermula sekarang dan anda akan katakan pada masa akan datang bahawa harga emas hari ini murah.

Beli emas;
    • harga naik senyum - boleh jual harga mahal
    • harga turun senyum - boleh tambah simpanan emas
    • harga tak berubah senyum - tidak rugi apa-apa


Bermula hari ini, saya bantu anda.

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206




Saturday, 14 January 2017

7 Wonders

Bismillahirrahmanirrahim

(Becoming an Authorised Public Gold Dealer)

Apa yang seronok jadi Public Gold Authorised Dealer?
Kat sini saya kongiskan 7 daripada kelebihan-kelebihan menjadi dealer Public Gold ni.

1. Keuntungan berganda (beza pembeli dengan dealer)
  • keuntungan pertama menjadi Public Gold Authorised Dealer adalah sama dengan pembeli biasa iaitu emas yang dibeli harganya akan menjadi lebih mahal pada masa akan datang
  • keuntungan kedua yang menjadikan Dealer Public Gold untung berganda ialah komisyen yang diperoleh apabila membeli emas

2. Komisyen pada setiap belian emas sendiri
  • komisyen untuk setiap belian emas sendiri adalah berbeza mengikut pangkat dealer :
    • Master Dealer : 2%
    • Priority Dealer : 1.5%
    • Normal Dealer : 1% 

3. Komisyen pada setiap jual balik emas kepada Public Gold
  • dengan setiap jualan balik emas kepada Public Gold, dealer akan mendapat komisyen sebanyak 0.3%

4. Menjual emas sendiri pada harga PG Sell
  • menjual semula emas dalam simpanan diri sendiri tanpa susut nilai
  • menjadi Public Gold Authorised Dealer membolehkan seseorang itu menjual emas pada harga PG Sell

5. Komisyen menjadi Introducer
  • komisyen juga akan diberikan kepada dealer seandainya berjaya membawa orang lain untuk membeli emas Public Gold
  • selain itu, dealer yang berjaya merekrut dealer baru juga turut diberikan komisyen

6. Komisyen pada belian dilakukan pembeli
  • komisyen dari setiap pembelian yang dilakukan oleh pembeli akan terus diberikan sampai bila-bila

7. Ganjaran percutian ke luar negara
  • setiap dealer yang berjaya mencapai target jualan akan berpeluang untuk bercuti ke luar negara bersama Public Gold
(contoh ganjaran kepada dealer yang berjaya menjual 3kg emas dalam bulan Januari 2017)

Saya baru senaraikan 7 daripada kelebihan-kelebihan menjadi Public Gold Authorised Dealer. Kalau nak tahu kelebihan-kelebihan lain, anda sendiri rasai setelah menjadi dealer nanti.

Nak jadi dealer?
Kalau saya bagitahu anda boleh menjadi dealer lebih mudah daripada gambar di awal posting tadi, anda nak tak?


(dengan pembelian GAP sebanyak 50g, anda layak untuk menjadi Public Gold Authorised Dealer)

Tapi kena ingat, promosi ni sah untuk bulan Januari sahaja. Jadi cepat-cepat laa beli GAP 50g untuk rebut peluang menjadi dealer ni. Seronok!

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) sila klik link ini:


Untuk menjadi Public Gold Authorised Dealer, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206