Bismillahirrahmanirrahim
Bila bercakap pasal jual beli emas, sudah pasti ianya menguntungkan. Rata-rata orang yang membeli emas terbahagi kepada empat kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut terdiri daripada penyimpan, pelabur, peniaga, dan pengumpul koleksi emas. Tidak kisah anda dalam kumpulan yang mana, anda mampu untuk menjana keuntungan dengan cara tersendiri.
1. Penyimpan Emas
- membeli emas dalam jumlah yang sedikit dan modal kecil
- simpanan emas digunakan untuk merealisasikan matlamat jangka masa panjang
- simpanan emas untuk dilupakan sehingga tempoh masa tertentu
- simpanan emas juga boleh digunakan sewaktu kecemasan
- keuntungan simpanan dalam jangka masa panjang yang pasti harga emas akan terus menaik dan terhindar dari inflasi berbanding simpanan duit kertas
(dengan GAP Account Public Gold anda boleh membeli emas dengan modal kecil)
2. Pelabur Emas
- biasanya membeli dalam jumlah yang banyak dan bermodal besar
- mengamalkan konsep beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi
- mempunyai ilmu dalam menganalisa graf pasaran emas
- boleh menjana keuntungan hasil pelaburan yang lumayan walaupun dalam jangka masa pendek
(graf harga emas dunia sentiasa menjadi rujukan pelabur)
3. Peniaga Emas
- mengaut keuntungan hasil dari jual beli emas
- juga mengamalkan konsep beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi namun biasanya tidak menggunakan modal yang banyak
- membeli emas yang mudah dijual semula seperti 1g, 5g, 10g, 1/2 dinar, dan 1 dinar
- sentiasa untung walaupun harga emas naik, turun atau kekal
4. Pengumpul Koleksi Emas
- membeli dan mengumpul emas dari pelbagai pengeluar, berat, tema dan nombor siri emas yang menarik
- ada pembeli yang sanngup menawarkan harga yang tinggi bagi koleksi emas yang sudah berhenti pengeluarannya
- pengumpul koleksi emas juga boleh menjual koleksi emas miliknya jika ingin menggunakan wang pada waktu kecemasan
(antara koleksi emas 1g milik saya)
Dapat kita lihat bahawa tidak ada istilah rugi bagi seorang pembeli emas. Harga emas yang sentiasa meningkat saban tahun amatlah menguntungkan setiap pembeli emas. Teruslah membeli emas dan selamatkan kekayaan anda dari dimamah inflasi.
Bagi anda yang baru hendak bermula membeli emas, syabas saya ucapkan kerana anda telah sedar akan kepentingan emas masa kini. Kenal pasti anda dalam kumpulan pembeli emas yang mana, dan saya akan bantu anda.
"In the absence of the gold standard, there is no way to protect savings from confoscation through inflation. There is no safe store of value." -Alan Greenspan-
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206
No comments:
Post a Comment