Bismillahirrahmanirrahim
Pernah tak kita terfikir kenapa terdapat perbezaan antara PG Sell dan PG Buy? Apa yang membuatkan terdapatnya perbezaan ini?
Jika kita membeli emas dari Public Gold, kita akan rujuk kepada PG Sell. Manakala jika kita menjual emas kepada Public Gold, kita rujuk kepada PG Buy.
Perbezaan harga di antara nilai PG Sell dan PG Buy ini dipanggil Spread atau susut nilai. Susut nilai untuk setiap berat adalah berbeza.
(harga PG Sell dan PG Buy berbeza)
Susut nilai untuk gold bar dipengaruhi oleh administration fee sewaktu proses pembelian, jual balik dan repackaging oleh pihak Public Gold. Jika terdapat kerosakan yang teruk pada gold bar, pihak Public Gold terpaksa meleburkan emas tersebut dan membentuknya semula. Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui susut nilai bagi emas keluaran Public Gold.
(nilai Spread terbaru untuk emas Public Gold)
Selain dari gold bar, barang kemas di kedai-kedai emas juga mempunyai susut nilai. Sama seperti gold bar, susut nilai barang kemas banyak dipengaruhi oleh kos baik pulih barang kemas yang dijual semula dan kos untuk melebur dan membuat barang kemas baru jika emas yang dijual rosak teruk. Selain itu, susut nilai untuk barang kemas adalah lebih tinggi kerana pihak kedai emas terpaksa menanggung kerugian sementara menunggu pembeli baru.
Kesimpulannya, jadilah pembeli bijak dalam memilih emas. Bagi tujuan pelaburan, secara peribadi saya syorkan anda membeli emas gold bar keluaran Public Gold. Selain susut nilai yang rendah, pihak Public Gold juga akan tetap membeli emas anda jika anda ingin menjualnya semula.
Untuk pertanyaan pelaburan emas, hubungi saya:
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206
No comments:
Post a Comment