Tuesday, 31 January 2017

Mudah, Cepat dan Tepat

Bismillahirrahmanirrahim

"Harga emas PG hari ini berapa bro?"

Soalan biasa yang saya terima dalam Whatsapp. Malah kadang-kadang ketika bersembang waktu makan pun ada yang bertanya soalan yang sama.

Kadang-kadang saya tak sempat nak semak harga semasa emas Public Gold. Biasalah sebab tuntutan kerja dan ada juga komitmen lain. Jadi saya nak kongsikan kepada anda macam mana nak semak harga emas Public Gold dengan mudah.

1. Semak di lamak web

Untuk semak harga emas semasa, anda boleh rujuk di laman web rasmi Public Gold. Dalam laman web ni anda boleh semak harga untuk setiap berat emas yang berbeza. Nak tambah simpanan Gold Accumulation Program (GAP) pun anda boleh semak kat sini.

Selain harga emas, anda juga boleh semak harga untuk perak Public Gold. Mana tau ada yang tertarik nak menyimpan perak.

(Laman Web Rasmi Public Gold)

Klik link ini untuk semak harga emas hari ini:

2. Semak dalam applikasi Public Gold di telefon pintar

Untuk pengetahuan anda, Public Gold ada melancarkan satu applikasi untuk telefon-telefon pintar. Anda boleh muat turun applikasi ini daripada "App Store" untuk telefon pintar produk Apple, atau daripada "Play Store" untuk telefon pintar produk Android.

(applikasi Public Gold)

Tapi untuk menggunakan applikasi ini, anda harus mendaftar sebagai pelanggan Public Gold terlebih dahulu. Kerana ia mesti diakses menggunakan PG ID dan Password.

Senang kan? Lepas ni kalau saya lambat jawab soalan anda, anda boleh semak sendiri harga emas semasa. Takut-takut kalau saya terlambat jawab soalan anda, harga dah naik tinggi.


Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

No comments:

Post a Comment