Bismillahirrahmanirrahim
Kenapa emas ialah penyimpan nilai terbaik?
Pernah tak kita baca atau dengar dalam satu hadis, Rasulullah telah menyuruh Urwah untuk membeli kambing dengan 1 Dinar. Namun Urwah berjaya untuk menawar harga dan membawa balik 2 ekor kambing dengan harga 1 Dinar. Lalu dalam perjalanan pulang, Urwah terjumpa dengan sorang yang ingin membeli seekor kambing yang dibawa Urwah. Urwah menjual seekor kambing kepada orang tersebut dengan harga 1 Dinar. Lalu kemudian Urwah pulang untuk berjumpa dengan Rasulullah dengan membawa seekor kambing dan 1 Dinar.
(1 Dinar)
Dalam hadis ini, dapat kita lihat bahawa harga untuk seekor kambing lebih 1400 tahun yang lepas ialah sekitar 1 Dinar.
* Rasulullah memberi 1 Dinar kepada Urwah untuk membeli kambing.
* Urwah menjual seekor kambing kepada orang lain dengan juga dengan harga 1 Dinar.
Hari ini, harga untuk seekor kambing ialah dalam lingkungan RM700 ke RM750. Harga ini lebih kurang bersamaan dengan nilai 1 Dinar masa kini iaitu RM720. Jadi, dapat kita simpulkan bahawa dengan emas, nilai seekor kambing masih sama seperti lebih 1400 tahun dahuli iaitu 1 Dinar.
(harga 1 Dinar hari ini)
Begitu juga dengan harga rumah. Sekitar 10 tahun lepas. Harga bagi rumah teres 2 tingkat ialah 3kg emas bersamaan dengan lebih kurang RM360k pada waktu itu. Hari ini, harga untuk rumah yang sama juga 3kg emas. Namun jika ditukar kepada ringgit, ia telah menjadi lebih kurang RM540k.
Jika hari ini kita hanya berbekalkan RM360k seperti 10 tehun lepas, kita takkan mampu untuk beli rumah itu. Namun jika kita ada 3kg sekarang, sudah tentu kita mampu membeli rumah tersebut.
Begitulah bagaimana emas dikatakan sebagai penyimpan nilai yang terbaik.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya:
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206
No comments:
Post a Comment