Thursday, 19 January 2017

Gold Premium Charge

Bismillahirrahmanirrahim

(Caj Premium Emas Public Gold)

Caj Premium Emas ialah caj yang yang dikenakan kepada semua pembeli emas fizikal Public Gold. Public Gold mengenakan caj ini kerana kos pengangkutan penghantaran emas Public Gold dari Turki. Seperti yang semua sedia maklum, Nadir Metal Refinery di Turki ialah pengeluar utama emas Public Gold.

Harga yang ada lihat pada laman web Public Gold belum termasuk caj premium. Jika anda membeli emas fizikal dengan memesan secara online, caj premium ini hanya akan dimasukkan ke dalam resit bayaran anda setelah anda confirm order, sebelum membuat pembayaran. Jadi, jumlah yang anda masukkan ke dalam akaun Public Gold sudah termasuk dengan caj premium.

(harga yang dipamerkan belum ditambah dengan caj premium)

Berbeza dengan Gold Accumulation Program (GAP), caj premium ini hanya akan dikenakan sewaktu anda mengeluarkan emas anda daripada akaun. Semasa mengeluarkan emas dari akaun GAP di cawangan Public Gold, anda mesti membayar caj premium mengikut berat emas yang anda ingin keluarkan sebelum dibenarkan membawa pulang emas tersebut.

Untuk pengeluaran emas dari akaun GAP anda, saya syorkan anda mengeluarkan emas mengikut berat yang kurang caj premiumnya. Contohnya:

  • untuk mengeluarkan 5g dari akaun GAP, anda ada dua pilihan:
    • 1g x 5 keping ATAU 5g x 1 keping
  • untuk 1g x 5 keping (caj premium 1g untuk Sabah dan Sarawak = RM10)
    • RM10 x 5 = RM50
  • untuk 5g x 1 keping (caj premium 5g untuk Sabah dan Sarawak = RM10)
    • RM10 x 1 =RM10
  • caj premium untuk pengeluaran 5g x 1 keping adalah lebih murah
Jadi, anda harus bijak dalam membuat pilihan baik dalam membeli emas fizikal ataupun dengan pengeluaran melalui akaun GAP. Secara peribadi, bagi saya membeli emas melalui akaun GAP adalah lebih baik. Kumpul sehingga jumlah tertentu dan keluarkan emas anda dengan caj premium yang murah.



Untuk pertanyaan lanjut mengenai emas, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

No comments:

Post a Comment