Bismillahirrahmanirrahim
Anda nak banyak emas tak? Saya pun nak. Semua orang nak.
Macam mana nak ada banyak emas? Mudah! Ikut cara mereka yang mempunyai banyak emas. Bukan ikut gaya hidup mereka. Ikut cara mereka sebelum mempunyai banyak emas dan bagaimana mereka mengekalkan kekayaan emas tersebut.
Langkah mereka yang mempunyai banyak emas SEBELUM ada banyak emas:
Menyimpan / Menabung
Tak ada orang dalam dunia ni yang hari ini tak ada emas, esok tiba-tiba dah ada 6kg emas (hari ini 6kg emas bernilai lebih RM1juta tau). Memang tak ada. Lainlah kalau mewarisi peninggalan harta orang lain. Itu memang masuk akal. Tapi kalau terjadi dengan sendiri secara tiba-tiba, memang tak ada.
Orang yang kaya emas ni pun sama, mereka bukan tiba-tiba mempunyai emas yang banyak. Mereka bermula dengan simpanan kecil-kecilan. Dari simpanan yang kecil, akhirnya jadi banyak.
Caranya:
Anda beli dan simpan 1gram sebulan dulu.
Nanti bila dah stabil, naik pangkat atau kenaikan gaji, anda boleh tambah simpanan 2gram sebulan.
Kemudian naik lagi pangkat dan kenaikan gaji, anda simpan pulak 1 Dinar sebulan.
Begitulah seterusnya dan akhirnya simpanan emas jadi banyak.
Tak mungkin selama anda bekerja tak ada kenaikan pangkat atau gaji, betul? Kalaupun betul tak ada, anda boleh ikhtiar buat dua kerja. Kerana apa? Kerana kepentingan simpanan emas. Bukan setakat menyimpan untuk menjadi orang kaya emas, namun juga untuk simpanan kecemasan. Kalau anda memerlukan wang, boleh jual atau pajak emas tersebut.
Langkah mereka yang mempunyai banyak emas SELEPAS ada banyak emas:
Menyimpan / Menabung
Anda tak percaya? Anda cuba tanya kepada mereka yang dah ada banyak emas, saya yakin dan percaya ini juga jawapan mereka.
Inilah cara mereka mengekalkan malah menambah kekayaan emas mereka. Tak mungkin mereka akan gunakan simpanan emas mereka sesuka hati jika tiada keperluan. Anda fikir logik, siapa sanggup mengambil masa yang lama simpan emas hanyalah untuk digunakan degan sesuka hati? Tak ada siapa sanggup.
Simpanlah emas. Bermula dengan yang mampu dulu. 1gram sebulan. Jadikan simpanan ini sebagai simpanan tetap setiap bulan. Disiplinkan diri anda. Bila dah simpan emas, lupakan. Kalau anda asyik fikir, nanti stress sendiri ("bila nak banyak emas ni, bila nak banyak emas ni").
(1kg!! one fine day, In shaa Allah)
1gram/month Challenge, hubungi saya:
Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206
No comments:
Post a Comment