Friday, 27 January 2017

Dengan Hanya Satu Langkah Mudah, Anda Mampu Berjaya!

Bismillahirrahmanirrahim

Tahniah! Anda sudah berjaya.

Bangga kan bila ada orang ucapkan tahniah kepada anda. Alhamdulillah.

Kalau baca tajuk artikel ni, anda pasti akan kata saya membongak. Hanya satu langkah untuk berjaya? Ya! Hanya satu langkah.

Untuk pengetahuan sahabat pembaca, saya juga masih dalam proses untuk berjaya. Jadi saya amalkan satu langkah ini untuk mencapai cita-cita saya untuk berjaya. Nak tahu apa langkahnya?

"COPY-PASTE-LEARN"

Mudah bukan? Sebenarnya saya dapat tips ni setelah baca satu artikel (maaf saya lupa tajuk artikel tersebut).

Dalam artikel tu ada tulis bagaimana untuk berjaya hanya dengan satu langkah mudah, iaitu kita hanya perlu Copy-Paste-Learn. Anda pasti selalu dengar "Watch and Learn" kan?


Bagaimana? Izinkan saya kongsi apa yang saya baca:

1. Copy

  • Saya pasti anda mempunyai seorang tokoh atau role model yang anda ingin jadi seperti mereka
  • Lihat dan perhatikan apa yang mereka lakukan
  • Amati gaya hidup mereka, cara berpakaian, cara bercakap, dengan siapa bergaul dan sebagainya

2. Paste

  • Aplikasikan apa yang anda lihat mengenai role model anda pada diri sendiri
  • Ikut cara mereka yang membuatkan mereka berjaya dalam hidup
  • Ambil contoh mudah dalam bidang bisnes, anda boleh ikut cara mereka berurusan, melayan client, mengawal kewangan dan sebagainya

3. Learn

  • Setelah anda "Watch and Learn" sesuatu daripada tokoh atau role model anda, pelajari bagaimana ciri-ciri itu dapat membawa mereka berjaya
  • Dengan mempelajari ciri-ciri itu barulah anda faham mengapa mereka melakukan perkara demikian
  • Dan apabila anda faham, maka anda akan jadi terus bersemangat untuk turut mengamalkan apa yang mereka amalkan
  • Malah kalau anda dah faham, anda boleh "improvise" apa yang anda pelajari untuk disesuaikan dalam kehidupan anda
  • Kalau tak faham jugak, anda tanyalah terus kepada role model anda tu. Zaman sekarang dah canggih, boleh "PM" terus je kat Facebook

Mudah bukan? Anda hanya perlu lihat, ikut, dan belajar. Sebab itu jugalah kalau anda lihat anak-anak kita banyak persamaan dengan diri kita atau pasangan kita. Kerana mereka dari kecil lagi melihat dan ikut perbuatan kita.

Sebab tu kalau nak buat benda tak elok, jangan depan anak-anak. Bukanlah saya nak menyokong perbuatan anda tu, tapi demi anak-anak anda jugak.

Di awal artikel saya ada mengucapkan tahniah kepada anda. Kerana anda mempunyai naluri untuk berjaya.

Tahniah! Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya membaca sampai ke hujung artikel ini.

Semoga kita semua berjaya dalam apa jua yang kita lakukan.


Azizi Akramin bin Bakri

No comments:

Post a Comment