Saturday, 28 January 2017

Buat Anak-anak Lebih Sayang Kepada Anda Dengan 3 Cara Ini

Bismillahirrahmanirrahim

Bagaimana anak-anak boleh jadi lebih sayang kepada anda?

Saya kongsikan 3 cara mudah yang anda boleh prkatikkan supaya anak-anak menjadi semakin sayang kepada anda. Semuanya dengan emas.

(sayang ayah sangat-sangat)

Emas bukan sahaja untuk menarik hati si ibu, malah anak-anak juga. Begini:

1. Buka akaun emas bersama anak dengan Gold Accumulation Program (GAP)

Dengan simpanan emas bersama anak, ia adalah pelaburan untuk masa depan anak anda. Setelah berumur 18 tahun, akaun tersebut akan jadi milik mereka.

Setelah tamat sekolah, wang untuk melanjutkan pelajaran tidak menjadi masalah sekiranya anda telah memulakan tabungan emas untuk anak dari awal lagi. Malah jika anak anda mendapat biasiswa, wang hasil tabungan emas itu boleh digunakan untuk perbelanjaan lain si anak.

2. Hadiahkan emas semasa ulangtahun kelahiran anak-anak

Anda sukakan emas bukan? Lumrah naluri manusia yang suka kepada emas. Begitu juga dengan anak-anak. Jadikan emas sebagai hadiah wajib setiap kali anak-anak anda menyambut hari lahir di samping hadiah-hadiah yang lain.

Cara ini telah dipraktikkan oleh mentor saya dan isterinya untuk mendidik anak mereka tentang kepentingan emas dan kepentingan menabung. Mereka menghadiahkan 1 Dinar kepada anak mereka yang menyambut hari lahir. Cara ini juga akan saya pakai untuk anak-anak saya nanti.

Selain menabung dalam Gold Accumulation Program, dengan cara ini secara tidak langsung anda juga menabung untuk masa depan anak anda. Genap 18 tahun, sudah ada 18 Dinar untuk anak anda.

3. Bawa anak-anak bercuti dengan emas

Simpan emas untuk digunakan membawa keluarga anda pergi bercuti. Tidak dinafikan dengan percutian, boleh membuatkan anak-anak semakin sayang kepada anda. Selain sekadar bermain dan mencuci mata semasa bercuti, dengan cara ini anda boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan bersama anak-anak anda.

Tentukan anda hendak simpan berapa gram emas untuk tujuan melancong. Apabila sudah cukup tabungan, tukarkan ke dalam bentuk wang. Cara ini lebih selamat daripada anda menyimpan duit kertas yang terkesan dengan inflasi.

Sekiranya harga emas melambung tinggi setibanya waktu untuk anda pergi bercuti, anda menjadi lebih untung. Boleh belanja lebih sewaktu bercuti.

Dengan 3 cara ini saya yakin anak-anak akan lebih menyayangi anda.

Jom menabung untuk anak, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

No comments:

Post a Comment