Sunday, 29 January 2017

Risiko Yang Berbaloi

Bismillahirrahmanirrahim

"Mahu tapi takut" - kata-kata Allahyarham Tok Nan dalam salah satu ucapannya ketika masih hidup dan menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Risiko yang berbaloi di ambil malah menguntungkan. Apa dia? Beli emas lah.

Bila bercakap tentang membeli emas, semua takut. Mana tidaknya, minda kita dah terasuh dari kecil dengan bermacam risiko tentang membeli emas. Tidak lain dan tidak bukan kerana emas adalah satu benda yang amat bernilai. Tanyalah siapa pun, dari yang kecil hinggalah ke yang dewasa semuanya maklum betapa bernilainya emas.

Antara risiko yang ramai antara kita risaukan ialah takut kena tipu. Banyak yang kita baca perkongsian di Facebook dan di surat khabar tentang penipuan dalam jual beli emas. Tidak hairanlah ramai yang berfikir panjang bila hendak membeli emas.

Tahukah anda?
dengan membeli emas Public Gold, anda tidak perlu risau tentang risiko ditipu. Sebabnya Public Gold mengamalkan konsep beli emas dapat emas. Sama macam anda beli emas di kedai emas. Bayar harga emas dan anda bawa pulang emas tersebut. Bukannya emas sekadar di atas kertas atau emas maya. Jadi, risiko ditipu tak akan ada.

Bagaimana dengan akaun Gold Accumulation Program (GAP)?
GAP ialah akaun simpanan emas yang disediakan oleh Public Gold untuk memudahkan anda membeli dan mengumpul emas. Akaun ini sama seperti akaun anda di bank. Jika di bank, anda rasa nak keluarkan wang, anda ke bank dan keluarkan wang anda. Samalah seperti akaun GAP, anda rasa nak keluarkan emas, anda ke cawangan Public Gold dan keluarkanlah emas anda. Sebab GAP disokong sepenuhnya oleh emas fizikal. Jadi emas tersebut nyata wujud dan bukan sekadar nombor di dalam penyata akaun.

(emas-emas yang saya keluarkan dari akaun GAP untuk koleksi)

Jadi, betul ke memang tidak ada risiko bila membeli emas?
Risiko sebenar datang setelah emas berada di tangan kita. Apa risikonya? Risikonya ialah EMAS HILANG. Emas hilang tidak lain dan tidak bukan ialah disebabkan kecuaian anda sendiri. Kalau simpan dengan elok, emas anda tak akan hilang.

Penyelesaiannya?
Kalau takut emas hilang, jangan beli dan simpan emas. Seperti kata pepatah "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Tapi anda akan terlepas keindahan pantai dan kenyamanan bayu dari laut. Begitulah juga membeli dan menyimpan emas. Anda akan terlepas semua kebaikan emas jika tidak mengambil risiko itu.

Tapi jika anda tidak simpan emas segera tetapi sebaliknya menyimpan wang, risikonya lagi besar. Risikonya wang dalam simpanan anda akan dihakis nilai oleh inflasi. Pilihan di tangan anda.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Emas Public Gold lebih banyak kebaikan daripada risiko.

p/s: saya tahu cara rahsia simpan emas dengan selamat, nak tahu PM ye.


Bila anda dah buat pilihan tepat, hubungi saya:

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206

No comments:

Post a Comment