Monday, 16 January 2017

Kenali Emas Anda

Bismillahirrahmanirrahim


Ketulenan emas yang sebenar dinilai melalui karatnya. Kebanyakan emas di pasaran adalah emas 24karat dan 22karat. Bagi emas 24karat, nilai ketulenannya ialah 99.9%.

Bagaimana mengira ketulenan emas mengikut karat?


Bahagikan nilai karat dengan 24(99.9%) dan didarab dengan 100%. Setelah selesai, anda akan dapat nilai ketulenan emas anda.

Jadi, berapakah ketulenan untuk emas 22karat?


Untuk emas 22karat, nilai ketulenannya ialah 91.6%. Selain dari emas 24karat dan 22karat, terdapat juga emas yang mempunyai nilai karat lain di pasaran. Contohnya:
  • 21karat = 87.5%
  • 18karat = 75.0%
  • 14karat = 58.3%
Anda pasti tertanya-tanya, jika ketulenan emas itu hanya 91.6% apa pula yang selebihnya? Yang selebihnya ialah campuran logam lain seperti perak dan tembaga. Campuran inilah yang menghasilkan kebanyakan barangan kemas anda. Kerana, campuran emas dengan perak atau tembaga adalah lebih kuat dan tidak selembut emas berketulenan 99.9%.



Simpan emas dengan bijak.

Azizi Akramin bin Bakri
016-5722206


No comments:

Post a Comment