Tuesday, 3 January 2017

Sila Ambil Tindakan Segera

Bismillahirrahmanirrahim


"Azam tahun lepas tak capai lagi, jadikan azam tahun ni pulak lah"

Masuk je tahun baru, ramai yang pasang azam untuk tahun baru. Ramai jugak kan yang bila tahun dah habis, tapi azam tak tercapai pun. Jawabnya, recycle balik azam tahun lepas untuk dicapai tahun ni pulak.

Sebabnya? 

Kita lambat bertindak!
  • azam nak kurus, tapi joging tak nak, makan tak ingat dunia
  • azam nak beli jam hujung tahun, tapi duit tak start kumpul lagi
  • azam nak pergi melancong dengan kawan-kawan, tapi persediaan satu pun tak settle lagi
  • azam nak majukan bisnes, tapi strategi masih yang sama macam tahun lepas
  • azam nak kahwin, tapi diri masih lagi ikut perangai bujang
Azam hanya tinggal azam jika kita tidak bertindak melakukan sesuatu untuk merealisasikan azam tersebut SEKARANG.

"Alah, baru je masuk tahun baru. Masih ada 361 hari lagi tahun ni. Minggu depan lah mula kumpul duit"

Sikap menangguh ni yang kita kena kikis. Apa salahnya mulakan awal. Tahun baru masuk je, kita ambil tindakan terus. Orang cakap, mula awal habis awal.

Bagi yang nak kahwin, disiplinkan diri untuk berkelakuan macam suami orang. Kalau tak, sampai bila-bila pun takkan bersedia. Sampai ke sudah tak kahwin.

Jom! Sama-sama bertindak mulai dari sekarang.

"Dreams don't work unless you do"



Azizi Akramin bin Bakri

No comments:

Post a Comment